“Stay In Touch” Cara “Twitter”
Saya baru saja menyertai Twitter. Twitter adalah satu jenis aplikasi yang membolehkan anda kekal berhubungan dengan contact anda. Twitter akan mengubah cara anda untuk ’stay in touch’ dengan kawan-kawan, keluarga mahupun sesiapa sahaja. Apa saja yang anda tuliskan atau update mengenai diri anda, atau apa yang sedang anda lakukan, secara automatik contact atau followers anda akan tahu mengenainya. Twitter ni lebih kurang macam RSS juga le, tapi dalam bentuk yang lebih menarik.
![]()
The New York Times mengatakan bahawa Twitter adalah “one of the fastest-growing phenomena on the internet”. Majalah TIME pula mengatakan “Twitter is on its way to becoming the next killer app”. Semoga rakyat Malaysia dapat menggunakan perkhidmatan Twitter untuk kekal berhubungan dan bernetworking.
Selamat Berpuasa
“Selamat Berpuasa” saya ucapkan kepada semua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan dan keinsafan kepada kita.
ps. Pagi tadi liat plak nak bangun sahur
Apakah ‘Rank’ Blog Anda?
Anda ada blog sendiri? Tak kisahlah blog yang percuma atau ’self hosted’ macam saya. Semasa melayari internet 2 - 3 hari ni, saya terjumpa dengan satu laman web di mana anda boleh check ranking blog anda berdasarkan ‘Google Page Rank’, ‘Alexa Traffic Rank’, ‘Technorati Blog Rank’ dan ‘Yahoo! Search InLinks’.
Apakah maksud ranking ini?
Google PageRank is a measure of the relative importance of a web page on the internet. The numbers rank from 0 to 10.
Alexa is a very famous tool used to rank web site traffic.
Are you a blogger? Technorati Rank is assigned to your blog when you claim it at Technorati. It’s based on the number of blogs linking to you.
The ‘InLinks’ (aka. backlinks) is a number of webpages pointing to your site. It’s based on Yahoo! search.
Saya telahpun mencuba widget ini untuk mengenalpasti ranking blog saya ini berdasarkan Google PageRank dan saya dapati blog saya ini mendapat ranking 2/10. Kira OK la kan. Blog anda bagaimana?
Anda boleh medapatkan ranking blog anda di http://www.rankwidget.com
Selamat mencuba!
Ebook Percuma : Panduan Getresponse
Dalam perniagaan internet, sistem penyampaian maklumat melalui email adalah satu ’senjata’ yang amat berkuasa. Rata-rata sekarang ini, setiap orang telah memiliki email sendiri, dan atas dasar itulah, penyampaian maklumat melalui email merupakan satu kaedah promosi yang amat berjaya dan banyak digunapakai oleh usahawan internet. Ada pendapat yang menyatakan “the money is in the list (email)”
Untuk mengumpul list (email), anda memerlukan satu aplikasi. Salah satu contohnya adalah Getresponse . Getresponse adalah satu aplikasi Mailing List online yang banyak digunapakai oleh usahawan internet.
Namun saya percaya, masih ada yang masih kurang paham bagaimana untuk mereka mengendalikan sistem tersebut, dari membina Campaign sehinggalah Send Broadcast. Namun kini, segalanya dipermudahkan dengan terbitnya Ebook Panduan Setup GETRESPONSE yang akan menunjukkan anda bagaimana bermula daripada awal hingga akhir.

Mungkin anda tertanya-tanya, berbayar juga ke ebook ini? Tidak!! Panduan ini diberikan secara PERCUMA sahaja tanpa sebarang kos. Panduan yang lengkap dengan imej screenshort dan penerangan straight to the point yang memudahkan anda mengikuti langkah demi langkah sehinggalah anda berjaya memasang autoresponder anda.
Sila klik disini untuk mendapatkannya
ps. Anda juga berpeluang buat duit dengan mempromosikan ebook di atas. Anda dibayar 0.30 sen untuk setiap orang yang mendaftar melalui link anda. Bleh buat duit raya tu..
Lama Tak Update Blog
Lama juga saya tidak ‘mengupdate’ blog saya ini, lebih daripada 2 bulan, disebabkan kesibukan kerja di pejabat dan rutin seharian sehingga tak sempat nak menjengah masuk ke blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Insya-Allah saya akan cuba update blog ini dari masa ke semasa.
Bahang pilihanraya kecil Permatang Pauh masih belum reda nampaknya. Di kesempatan yang terbatas ini, Tahniah saya ucapkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah berjaya menakluki kembali kerusi tradisinya setelah 10 tahun. “Welcome back Sir”. Laungan “Reformasi” semakin kuat nampaknya…semoga anda dapat melakukan yang terbaik untuk Rakyat.
Apa Itu Blog?
Blog! Blog! Blog!
“BLOG”….Satu perkataan yang semakin ‘glamour’ sejak akhir-akhir ini. Sana sini orang memperkatakan tentang blog. Pihak RTM juga menyiarkan satu slot khas berkaitan blog. Tetapi, apakah kita benar-benar faham maksud ‘blog’?
Blog atau dengan kata lain weblog adalah satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi mengenai pelbagai perkara. Blog akan sentiasa dikemaskini pada setiap hari atau setiap minggu. Konsep blog adalah seakan-akan sebuah diari harian anda.
Aktiviti penulisan dan pengurusan blog dikenali sebagai “blogging”. Manakala orang yang memiliki, menulis artikel dan menguruskan blog pula dikenali sebagai “blogger”. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan oleh sesiapa sahaja tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam. Ini kerana blog telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Pengurusan dan penulisan di dalam blog adalah mudah seakan-akan menggunakan perisian yang biasa anda gunakan seperti di dalam Microsoft Office.
Blog seperti juga laman web biasa perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Tajuk yang anda tulis perlulah menarik, padat dan bermaklumat supaya pelawat sentiasa mengunjungi blog anda. Pada masa kini, blog semakin diberi perhatian dan dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna blog untuk menghasilkan pendapatan. Blog sudah mula digunakan sebagai alat untuk berniaga. Ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijual.
Perisian Blog
Blog menggunakan perisian yang tertentu yang begitu banyak di pasaran sekarang samada yang percuma mahupun yang berbayar. Perisian blog ini juga dipanggil blogware atau blog software. Antaranya adalah seperti blogger.com, wordpress.com, bblog, tblog.com dan typepad.com.
Ciri Sesebuah Blog
Ciri utama sebuah blog ialah setiap kali anda mengemaskini atau memasukkan artikel baru, artikel itu akan berada di atas ruangan halaman web blog anda. Manakala artikel yang sebelumnya akan berada di bawah. Dengan ini pembaca akan melihat artikel baru yang anda tulis / publish sebaik sahaja mereka memasuki blog anda. Selain itu, setiap artikel baru yang anda tulis, tajuknya akan diletakkan di sebelah kiri atau kanan halaman weblog anda – bergantung kepada format / template blog yang anda gunakan. Ruangan tersebut di kenali sebagai “sidebar”. Keseluruhan tajuk artikel yang telah anda tulis juga akan berada di bahagian tersebut. Ini memudahkan pelawat untuk mencari maklumat dengan tajuk yang berkaitan. Ruangan “sidebar” ini juga merupakan tempat yang sangat digemari dan sesuai untuk meletakkan banner atau iklan produk dan perkhidmatan yang anda jual. Ini kerana ruangan tersebut senang dilihat oleh pelawat blog anda.
Blog juga membolehkan pelawat memberikan komen atau pandangan mereka terhadap sesuatu artikel yang anda hasilkan. Inilah satu ciri yang membezakan blog dengan laman web biasa kerana sesiapa sahaja yang membaca blog anda boleh memberikan komen dan pandangan mereka. Memandangkan blog lebih mudah dan sentiasa dikemaskini, maka enjin carian (search engine) lebih mudah meng-index laman web jenis blog ini. Enjin carian lebih cepat membuat ‘crawling’ terhadap artikel baru yang dimasukkan di dalam blog. Ini kerana enjin carian lebih menyukai maklumat yang terkini dan tepat.
Jenis, Fungsi dan Kepentingan Blog
Melalui blogger.com, selain ia memberikan perkhidmatan membina blog secara percuma, ia juga mudah untuk dikendalikan. Terdapat banyak yang boleh anda lakukan dengan blog di blogger.com. Sifat inilah yang menjadikan blog mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri bergantung kepada tujuan seseorang menghasilkan blog tersebut.
Berikut merupaka beberapa fungsi dan kepentingan blog :
1. Personal Blog
Blog jenis ini merupakan blog yang digunakan sebagai tempat untuk meletakkan maklumat peribadi dan yang berkaitan dengannya. Biasanya ia dihasilkan sebagai satu diari untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan mereka yang ingin mengenali diri seseorang itu. Memandangkan ia dianggap sebagai satu diari, maklumat dan tajuk yang diletakkan dan dibincangkan di dalam blog tersebut berkisar dengan aktiviti harian, hobi, gambar bersama rakan-rakan dan yang berkaitan dengan maklumat peribadi. Selain itu, personal blog juga digunakan sebagai tempat untuk memberikan pendapat dan pandangan masing-masing berkaitan dengan sesuatu tajuk. Ada juga dikalangan mereka ini yang menulis rasa tidak puas hati mereka dan mengkritik terhadap sesuatu perkara.
2. Blog Untuk Perniagaan
Jenis blog yang kedua ialah blog yang dihasilkan untuk tujuan perniagaan. Blog ini digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda jual. Kandungan dan maklumat yang ditulis di dalam blog adalah berkaitan dengan isi kandungan sesuatu produk atau perkhidmatan, matlamat dan kelebihan produk tersebut serta penerangan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan.
Ada juga yang menulis blog ini sebagai laman web sampingan atau sokongan untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan mereka selain laman web perniagaan utama mereka. Cara ini sebagai satu strategi pemasaran yang boleh dianggap berkesan. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan memastikan pelawat sentiasa melawati blog anda, anda perlu memberikan maklumat dan kandungan terkini yang berterusan dengan pelbagai tajuk dan kandungan yang niche.
3. Blog artikel (kandungan niche)
Blog yang berbentuk artikel ialah blog yang ditulis berkaitan dengan sesuatu kandungan, maklumat dan panduan tertentu. Pelbagai tajuk dan artikel yang boleh ditulis dalam blog ini termasuklah artikel berkaitan dengan perniagaan internet, pemasaran, komputer, internet, teknologi telekomunikasi dan sebagainya.
Sebenarnya blog jenis ini juga boleh anda gunakan sebagai tempat untuk promosi produk anda atau produk affiliate yang anda sertai.
Program “google adsense” juga boleh anda selitkan di dalam blog ini sebagai pendapatan sampingan lain. Ini bermaksud blog ini lebih kurang sama dengan blog untuk tujuan perniagaan. Namun perbezaanya ialah blog ini lebih kepada maklumat menyeluruh dengan tajuk yang lebih luas dan pelbagai. Blog ini bukan sahaja tempat untuk perniagaan tetapi juga memberikan anda panduan dan maklumat berguna tentang pelbagai perkara. Blog jenis ini tidak tertumpu semata-mata untuk tujuan perniagaan sahaja.
4. Blog untuk iklan produk atau perkhidmatan
Sebenarnya jenis blog yang ke empat ini ada kaitan dengan jenis blog yang kedua dan ketiga. Ini kerana ia dihasilkan ada kaitan juga dengan perniagaan. Namun ia lebih kepada tujuan iklan sesuatu produk dan perkhidmatan yang anda jual. Terdapat banyak bentuk pengiklanan dan tujuan pengiklanan di Internet. Selain untuk iklan produk dan perkhidmatan anda, anda juga boleh meletakkan iklan produk affiliate yang anda sertai. Satu lagi bentuk pengiklanan yang mudah dan boleh menghasilkan pendapatan ialah menyertai program pengiklanan “google adsense” dan “adbrite”.
Jika dilihat daripada semua jenis blog yang dibincangkan di atas, dapat dilihat blog yang pertama dengan blog kedua, ketiga dan keempat jauh berbeza. Blog pertama lebih kepada personal, manakala tiga blog berikutnya lebih kepada tujuan perniagaan Internet.
Namun bagi mereka yang menumpukan kepada blog untuk tujuan perniagaan Internet dan menghasilkan pendapatan, saya lebih menyarankan kepada anda untuk menggabungkan ketiga-tiga jenis blog tersebut iaitu blog untuk perniagaan, blog berbentuk artikel dan blog untuk iklan. Ini kerana dengan gabungan ketiga-tiga elemen ini lebih mendapat perhatian daripada peminat-peminat blog.
=======================================================
Itulah serba sedikit penerangan mengenai blog. Diharapkan artikel ini dapat memberikan maklumat dan input yang betul berkenaan blog.
Sesiapa sahaja perlu memiliki blog
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan. Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Jika anda berminat untuk memiliki blog dot com anda sendiri, Pakej Kit Blogger dapat membantu anda.

SKMM Pantau Laman Blog
KERAJAAN tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi memantau laman blog di internet dan perbuatan penulis blog yang tidak bertanggungjawab kerana garis panduan mengenainya sudah sedia ada. Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai peruntukan mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. “SKMM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik, pengendali atau penulis blog yang menyalahgunakan internet sebagai platform menabur fitnah jika siasatan menunjukkan mereka melanggar undang-undang negara,” katanya ketika menjawab soalan Senator Sharifah Azizah Syed Zain di Dewan Negara, semalam.
Salang berkata, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) mengandungi peruntukan melarang penerbitan kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik dengan niat mengacau, mendera, atau mengganggu sesiapa seperti dilakukan beberapa penulis blog di negara ini. Selain AKM katanya, ada juga beberapa peruntukan jenayah lain yang boleh diguna pakai untuk membanteras kegiatan haram secara online termasuk Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993, Akta Syarikat 1965, Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 dan Akta Industri Sekuriti 1983. “Selain SKMM, beberapa pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga boleh mengambil tindakan terhadap laman blog tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata, orang perseorangan juga boleh mengambil tindakan persendirian terhadap laman blog atau penulisnya mengikut peruntukan undang-undang antaranya bagi kesalahan memfitnah atau melanggar hak cipta. “Mereka yang teraniaya atau menjadi mangsa penulis blog hendaklah membuat aduan kepada SKMM bagi membolehkan agensi terbabit memulakan siasatan, dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya. Sehingga kini, katanya 22 laman web dan blog disiasat kerana menyiarkan kandungan bersifat jelik, sumbang, fitnah, lucah dan palsu. Daripada jumlah itu, SKMM mengemukakan tiga kertas siasatan dan mengemukakannya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, katanya kebanyakan usaha untuk menyiasat laman blog dan penulisnya sukar kerana kebanyakan laman web berkenaan menggunakan platform di luar negara.
* Artikel ini dipetik dari Berita Harian Online 27 Mei 2008
Ulasan saya :
Pemilik blog atau penulis blog harus menjaga adab dan peraturan di dalam penulisan mereka. Jangan sewenang-wenangnya menerbitkan penulisan yang berbaur sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik dengan niat mengacau, mendera atau mengganggu sesiapa.
Akta perundangan yang digunapakai berkenaan dengan blog :
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM)
- Akta Hasutan 1948
- Kanun Keseksaan
- Akta Hak Cipta 1987
- Akta Jualan Langsung 1993
- Akta Syarikat 1965
- Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989
- Akta Industri Sekuriti 1983
Blog : Jangan Disalahertikan
Salam semua,
Saya terpanggil untuk membuat ulasan berkenaan peranan blog yang sedang hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi selepas PRU (Pilihan Raya Umum) ke-12 baru-baru ini.
Blog merupakan platform atau medium penyampaian maklumat yang amat berkesan pada masa kini. Pelayar internet atau pembaca lebih cenderung untuk membaca penulisan di blog kerana ianya mudah diakses di mana-mana sahaja menggunakan internet.
Pendapat yang mengatakan blog adalah politik bebas atau sebaliknya, adalah bergantung kepada kandungan maklumat atau penulisan di sesuatu blog tersebut. Blogger politik lebih cenderung untuk membincangkan tentang senario politik semasa di Malaysia dalam penulisan di blog mereka. Sudah tentu blogger tersebut akan ‘pro’ kepada parti politik yang disertainya atau disukainya, manakala sebaliknya akan ‘kontra’ kepada parti politik lawannya.
Pada pendapat saya, blog tidak harus dipandang sebagai platform untuk membincangkan isu-isu politik semata-mata, kerana banyak lagi blog di Malaysia yang tidak menyentuh langsung berkenaan perkara tersebut. Antara lain, banyak juga blog yang membincangkan tentang hobi, sesuatu perkara yang suka dilakukan, mencari kenalan dan bertukar-tukar pendapat akan sesuatu perkara atau topik yang dibincangkan.
Persepsi masyarakat tentang blog sebagai medium atau platform untuk ‘percakaran’ politik semata-mata harus diperbetulkan. Banyak lagi tujuan ber ‘blogging’ seperti untuk tujuan perniagaan, perkongsian ilmu, pemasaran (marketing) dan lain-lain. Terpulang kepada setiap individu tersebut.
Apa pendapat anda?
Salam Perkenalan …
‘Salam perkenalan’ kepada pengunjung blog ini.
Blog ini baru sahaja dibina dan dilancarkan pada Mei 2008 hasil usaha saya mempelajari teknik ‘blogging’ yang tak seberapa dari rakan-rakan online dan pembacaan. Sebelum ini saya hanya menggunakan blog percuma sebagai platform untuk menulis dan bertukar pendapat. Memang terasa kelainan dan kepuasannya apabila menggunakan blog sendiri.
Tidak banyak yang dapat diterangkan mengenai diri saya, dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca di sini
“Jadikan saya rakan blogger anda”
- Olie
















