Blog : Jangan Disalahertikan
- 3 Comment
Salam semua,
Saya terpanggil untuk membuat ulasan berkenaan peranan blog yang sedang hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi selepas PRU (Pilihan Raya Umum) ke-12 baru-baru ini.
Blog merupakan platform atau medium penyampaian maklumat yang amat berkesan pada masa kini. Pelayar internet atau pembaca lebih cenderung untuk membaca penulisan di blog kerana ianya mudah diakses di mana-mana sahaja menggunakan internet.
Pendapat yang mengatakan blog adalah politik bebas atau sebaliknya, adalah bergantung kepada kandungan maklumat atau penulisan di sesuatu blog tersebut. Blogger politik lebih cenderung untuk membincangkan tentang senario politik semasa di Malaysia dalam penulisan di blog mereka. Sudah tentu blogger tersebut akan ‘pro’ kepada parti politik yang disertainya atau disukainya, manakala sebaliknya akan ‘kontra’ kepada parti politik lawannya.
Pada pendapat saya, blog tidak harus dipandang sebagai platform untuk membincangkan isu-isu politik semata-mata, kerana banyak lagi blog di Malaysia yang tidak menyentuh langsung berkenaan perkara tersebut. Antara lain, banyak juga blog yang membincangkan tentang hobi, sesuatu perkara yang suka dilakukan, mencari kenalan dan bertukar-tukar pendapat akan sesuatu perkara atau topik yang dibincangkan.
Persepsi masyarakat tentang blog sebagai medium atau platform untuk ‘percakaran’ politik semata-mata harus diperbetulkan. Banyak lagi tujuan ber ‘blogging’ seperti untuk tujuan perniagaan, perkongsian ilmu, pemasaran (marketing) dan lain-lain. Terpulang kepada setiap individu tersebut.
Apa pendapat anda?
3 Comments on this post
Trackbacks
-
adila said:
hai olie..
pada saya lak…blog ini terlalu banyak sangat guna pakainya. Terserah kita.
Saya punya blog pun, ikut selera dan kemahuan saya sepenuhnya. apa saya nak tulis..saya tulis. Asal saya seronok dengannya. Walau 3,4 posting sehari, saya tak kisah. Walau pendek pun…kita puas dengan apa yang kita buat…
Dan…jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
May 25th, 2008 at 10:08 pm -
heri said:
Salam…
saja duk menjengah blog nih, jumpa kt blog smartzul…
berkenaan dgn blog, biarlah mereka yg waras tentukan, kita teruskan saja berblog selagi berita tu benar2 atau sahih utk disampaikanjust my 2cent..
May 27th, 2008 at 1:00 pm -
nuarX said:
banyak kisah tentang blogger adalah datang dari media. dan kite tahu sape kawal media. Bile media kate blog dan blogger hampeh. ramai orang biase akan turut terpengaruh. Padahal, blog bukanlah di semptkan dengan hanya tentang politik. betul ckp olie kat atas tu. “tak usah la kita jadi orang yg takut dgn bayang2 sendiri”
June 2nd, 2008 at 11:55 pm








