Blog RakanBlogger Dot Com

3Sep/080

“Stay In Touch” Cara “Twitter”

Saya baru saja menyertai Twitter. Twitter adalah satu jenis aplikasi yang membolehkan anda kekal berhubungan dengan contact anda. Twitter akan mengubah cara anda untuk 'stay in touch' dengan kawan-kawan, keluarga mahupun sesiapa sahaja. Apa saja yang anda tuliskan atau update mengenai diri anda, atau apa yang sedang anda lakukan, secara automatik contact atau followers anda akan tahu mengenainya. Twitter ni lebih kurang macam RSS juga le, tapi dalam bentuk yang lebih menarik.

The New York Times mengatakan bahawa Twitter adalah "one of the fastest-growing phenomena on the internet". Majalah TIME pula mengatakan "Twitter is on its way to becoming the next killer app". Semoga rakyat Malaysia dapat menggunakan perkhidmatan Twitter untuk kekal berhubungan dan bernetworking.

Jom follow saya dalam Twitter !

Share

No related posts.

Filed under: Aplikasi Leave a comment
Comments (0) Trackbacks (2)

Leave a comment