‘Blogging’ Untuk Apa?
11 09 2008Semua orang mampu untuk memiliki blog samada yang percuma seperti blogger.com dan wordpress.com ataupun yang self hosted. Banyak blog yang selalu saya lawati adalah blog yang tidak kurang hebatnya dari segi appearance dan kandungannya, malah mempunyai pelawat setia dan trafik yang tinggi setiap hari. Tetapi tahukah anda, sebilangan besar Bloggers menghadapi masa yang sukar untuk maintain kandungan blog mereka kerana blog yang bagus adalah blog yang kandungannya sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan fresh. Dan mereka ini yang saya maksudkan adalah Bloggers ‘part timer’ (separuh masa) yang hanya menulis tidak lebih sebagai satu hobi dan mereka menyampah enjoy dengan apa yang mereka lakukan.

Tetapi…bagaimana jika blog anda dapat memberikan pendapatan tambahan kepada anda? Malah, mungkin sebagai sumber pendapatan utama anda! Wahh…maksudnya anda sudah boleh blogging ‘full time’ (sepenuh masa) dan dapat bayaran atas apa yang anda sememangnya suka lakukan. Hebat bukan?
Tiada salahnya menukar hobi anda kepada bisnes, mungkin ianya adalah lebih baik. Malah, kebanyakan Blogger yang berjaya samada di Malaysia atau luar negara, adalah mereka yang begitu berminat dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang mereka biasa lakukan, sama seperti anda juga. Tetapi dalam masa yang sama, mereka dapat ‘buat duit’ daripada blog mereka.
Jadi, apakah tujuan anda ber ‘blogging? Sekadar satu hobi bagi mengisi masa lapang? Agar nampak tidak ketinggalan zaman? (memandangkan mutakhir ini setiap orang telah memiliki blog). Sekadar suka-suka? Medan untuk anda meluahkan rasa tidak puas hati anda?, ataupun memang blogging adalah platform untuk anda ‘buat duit’ dan merupakan periuk nasi anda?
Tetapkan pilihan anda.
Related posts:










Yup…olie, seperti saya blog saya fesh lagi..masa permulaan excited dgn blog but sampai satu masa rasa nak freshkan blog dgn idea tiba-tiba idea nak post blog jem…sabo jelah..tapi keep on fresh dgn lawat blog rakan yang lain @ update sedikit dengan perkembangan semasa dan persekitaran…
tehtarik, bagi saya blog yang bagus adalah blog yang kandungannya sentiasa dikemaskini dengan konsisten. Itulah sebabnya, jika banyak idea untuk ditulis di blog, jangan tulis semuanya…simpan sedikit untuk post yang akan datang. Saya juga kadang2 jem juga dan ketandusan idea. Biasalah tu..ahaks!
sukar menilai jika sekadar melihat kepada konsistensi pengemaskinian blog. Jika dikemaskini sekalipun haruslah nukilan pemilik blog itu sendiri. Segelintir banyak plagiat dr blog org lain.
Saya bersetuju dgn tips yg diutarakan oleh saudara Shuth di dalam buku Rahsia Blogger beliau; yang mana menyatakan tidak perlu terlalu kerap mengemaskini blog dlm satu hari; contoh 2,3 pos.
Bagi saya perkara ini menjadi keghairahan kepada blogger2 yg baru mula menapak. Harus diingatkan setiap blog ada follower nya tersendiri. Oleh yang demikian, reader tidak terkejar jika anda terlampau kerap kemaskini 2-4 entry satu hari.
Sekian, sekadar pandangan ikhlas dr saya.
Salam, aku ber”blog” untuk meluahkan pendapat peribadi aku je… apa orang nak cakap lantak la.
selain tu, sebab utama aku berblog untuk “buat duit”. 