Blog RakanBlogger Dot Com

13Sep/080

Lagi Ebook Percuma : Rahsia Usahawan Internet

Orang memang suka benda free ni kan.

Sebut saja 'usahawan internet', saya beranggapan pasti ramai yang terbayangkan pendapatan 5-angka atau 6-angka, ataupun duit mencurah-curah masuk ke dalam akaun pada setiap minit. Wahh!.. Begitu mudah ke untuk mencari duit?

Pada pendapat saya, ianya bukanlah semudah a-b-c untuk mendapatkan duit dari internet, jika tidak disertai dengan usaha dan semangat keusahawanan yang kental, dan yang paling penting sekali adalah ILMU.

Dalam Ebook Percuma 'Rahsia Usahawan Internet' ini, ketahui rahsia kejayaan usahawan internet terkenal Malaysia seperti SmartZul, Shuth, Amirol, Yusri KRU dan lain-lain lagi. Apakah benar-benar mereka ini ada rahsia yang ingin dibongkarkan?

Saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh SMartZul apabila ditanya tentang berapakah pendapatan bulanan beliau dalam perniagaan internet, dengan selamba saja beliau menjawab;

Saya tidak dapat menjawab soalan ini secara tepat. Dari dulu sehingga sekarang, saya tidak pernah mendedahkan berapa pendapatan saya, kerana bagi saya, jikalau pendapatan yang dijadikan sumber motivasi utama, perniagaan kita tidak akan kekal lama

Saya amat bersetuju dengan beliau, memang faktor pendapatan atau duit tidak boleh dijadikan sebagai motivasi utama, walaupun tidak dinafikan.

Ok lah. Banyak plak komen saya ni kan. Macam saya pulak yang akan mendedahkan rahsia buat duit. Untuk mengetahui banyak lagi rahsia yang akan dibongkarkan secara besar-besaran, pastikan anda mendapatkan ebook percuma ini.

Klik sini untuk download percuma

ps mungkin satu hari nanti saya juga ada rahsia untuk didedahkan. Tungguuu....

Share

Related posts:

  1. Percuma : Mari buat duit dengan ebook
  2. Rebat tunai RM40 & Pakej PWA percuma!
  3. Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.