Pakej Lengkap Web Jualan - Klik sini ! ?

MajalahIM Edisi 7

14 09 2008

Saya baru sahaja habis membaca MajalahIM Edisi 7 yang sarat dengan panduan dan rujukan untuk para penggiat perniagaan internet atau boleh juga disebut sebagai IM (Internet Marketer). Terima kasih kepada Team FlareBiz yang menerbitkan majalah ini dan paling best ianya diedarkan secara percuma. Memang tiada dijual kat mana-mana kedai mamak buku.

MajalahIM edisi terbaru ini akan fokus kepada Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet.

Cover man MajalahIM edisi kali ini menampilkan saudara Samsul Zamzuri yang comel lagi hensem tahap Gaban atau lebih dikenali sebagai “Alang” di arena online. Siapa sebenarnya saudara Alang ni? Beliau merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang amat yakin dengan perniagaan internet yang dijalankan beliau. Apa tidaknya, berasaskan kepada keyakinan itu, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji sebagai Auditor untuk menumpukan perhatian 100 % kepada perniagaan internet beliau. Ternyata percaturan Alang tidak silap.

Ini terbukti apabila beliau mampu memperolehi pendapatan mencecah 5-angka sebulan dengan perniagaan internet (bukti kena minta pada saudara Alang ;) ). Dengan latar belakang dalam bidang Ekonomi daripada UM dan tiada langsung asas komputer, siapa sangka Alang berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok IM yang disegani di Malaysia.

Ikuti interview ekslusif Krew MajalahIM bersama Alang yang akan mengupas rahsia kejayaan beliau, model bisnes yang beliau jalankan, proses evolusi yang dilaluinya serta rintangan yang dihadapinya serta cara beliau mengatasinya. Baru-baru ini juga alang mendapat durian runtuh sebanyak RM50 ribu. Dari mana dia dapat duit tu? Haaaa….suspen betul kan?

Antara kupasan topik menarik yang lain adalah;

  • Interview bersama Alang
  • Cabaran dan kekangan oleh Labanon
  • Cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Zamri Nanyan
  • Mindset yang betul untuk menarik KEKAYAAN! oleh Amar Mahmood
  • Who Says Internet Marketer Don’t Go Anywhere oleh Galadriel
  • Hujrah kejayaan oleh SmartZul

Baiklah, jangan berlengah lagi. Susah-susah Team Flarebiz menerbitkan majalah ini, rugi jika anda tak baca.

>> klik di sini untuk download <<

Share This Post

Related posts:

  1. Majalah IM Edisi 8


Actions

Informations

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post


Terbaik untuk anda :