Blog RakanBlogger Dot Com

17Sep/082

TPM Najib Lancar Laman Web Peribadi

Makin ramai ahli politik khususnya di Malaysia telah melancarkan Blog / Laman web peribadi sendiri. Saya merasakan ini adalah satu perkembangan yang menarik dan merupakan satu peluang untuk rakyat berkomunikasi secara terus dengan pemimpin negara disamping merapatkan hubungan antara keduanya.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah melancarkan laman web peribadi beliau supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai TPM. Beliau juga berharap, laman web tersebut dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas.

Malaysiakini memetik Dato' Seri Najib sebagai barkata;

"Saya berharap laman web ini akan mencetuskan satu dialog yang terbuka dan penting, menerokai identiti Malaysia, matlamat sert hala tuju. Sebagai seorang bapa kepada dua remaja, saya juga sudah biasa dengan perdebatan hangat dan juga perselisihan pendapat."

"Marilah teruskan hubungan seumpama sebuah keluarga yang besar ini. Mari amalkan rasa saling menghormati dan jadikan persefahaman sebagai matlamat utama dalam interaksi"

Anda boleh melayari laman web TPM di www.1malaysia.com.my

Beberapa bulan yang lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah melancarkan blognya di www.chedet.com

Blog Tun Dr. Mahathir telah mencatatkan kunjungan melebihi 500,000 dalam masa 5 hari selepas dilancarkan. Laman web TPM Najib diramalkan akan menjadi tumpuan dan menerima kunjungan yang lebih tinggi.

Walau apapun, peranan internet sebagai 'sumber maklumat' telah membuka mata dan kesedaran para pemimpin negara akan peri pentingnya.

Share

No related posts.

Filed under: Berita, Blog Leave a comment
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. aku raser bukan najib ajer yg tgh update blog. karang ni mukriz pun dah ader blog bro….

  2. buat najib n the gang,

    anda mungkin fikir anda bijak dan licik…tp fikrlah sejauh mana anda boleh berjaya….

    kami generasi baru muak dgn permainan politik yg semakin kotor….
    kami juga x suka pemimpin yg bercakap soal moral tp mereka sendiri adalah punca kejatuhan moral….
    ckp pasal agama dan hukum tp…hmmmm

    malaslah …u all ni teruk


Leave a comment


No trackbacks yet.