Jadilah Seperti Irfan Khairi
22 09 2008
Ya! Itulah yang saya katakan…”jadilah seperti Irfan Khairi” kepada diri saya (dan juga kepada anda pembaca budiman). Siapa tak kenal Irfan Khairi? Angkat tangan!
Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet Malaysia, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet.
Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu. Industri ini masih baru di negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai.
Kisah Kejayaan Irfan Khairi
Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, beliau tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.
Pada mulanya beliau hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk beliau mendapatkan pelanggan! Boleh dikatakan selama setahun beliau gagal dalam perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Namun, beliau bertekad untuk terus berjaya.
Jadi beliau berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.
Selama 2 tahun beliau bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara
perlahan-perlahan beliau dapat memperbaiki perniagaan beliau. Pengalaman juga turut membantu sehingga beliau berumur 25 tahun (empat tahun lalu).
Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet beliau untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas beliau kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan
internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.
Ketika itu, beliau bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang beliau anjurkan di RahsiaInternet.com. Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan beliau juga akan terus dengan usaha beliau dalam mendidik masyarakat Malaysia tentang peluang perniagaan internet.
Terbaru, Irfan Khairi ada menerbitkan ebook beliau yang bertajuk “Mentor Jutawan” yang merupakan transkripsi penuh bersama ikon & mentor jutawan Malaysia iaitu;
- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (mentor kepada mentor)
- Azizi Ali (jurulatih jutawan)
- Chef Li (jutawan senyap)
- Dato’ Dr. Azman Ching (jutawan MLM)
- Billi Lim (jutawan berani gagal)
- Dato’ Hussamuddin (pengasas Kumpulan Karangkraf)
- Abang Abu (jutawan Singapura)
- Irfan Khairi (jutawan Internet)
8 ikon jutawan di atas yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat. Startegi yang meraka gunakan adalah strategi jutawan seluruh dunia, bermula dari zero, sehingga kepada hero.
Bagi anda yang berminat memiliki ebook ini, sila klik pada cover ebook di bawah.
No related posts.











No comments yet.