
Lagi Ebook Percuma : Rahsia Usahawan Internet

Orang memang suka benda free ni kan.
Sebut saja 'usahawan internet', saya beranggapan pasti ramai yang terbayangkan pendapatan 5-angka atau 6-angka, ataupun duit mencurah-curah masuk ke dalam akaun pada setiap minit. Wahh!.. Begitu mudah ke untuk mencari duit?
Pada pendapat saya, ianya bukanlah semudah a-b-c untuk mendapatkan duit dari internet, jika tidak disertai dengan usaha dan semangat keusahawanan yang kental, dan yang paling penting sekali adalah ILMU.
Dalam Ebook Percuma 'Rahsia Usahawan Internet' ini, ketahui rahsia kejayaan usahawan internet terkenal Malaysia seperti SmartZul, Shuth, Amirol, Yusri KRU dan lain-lain lagi. Apakah benar-benar mereka ini ada rahsia yang ingin dibongkarkan?
Saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh SMartZul apabila ditanya tentang berapakah pendapatan bulanan beliau dalam perniagaan internet, dengan selamba saja beliau menjawab;
Saya tidak dapat menjawab soalan ini secara tepat. Dari dulu sehingga sekarang, saya tidak pernah mendedahkan berapa pendapatan saya, kerana bagi saya, jikalau pendapatan yang dijadikan sumber motivasi utama, perniagaan kita tidak akan kekal lama
Saya amat bersetuju dengan beliau, memang faktor pendapatan atau duit tidak boleh dijadikan sebagai motivasi utama, walaupun tidak dinafikan.
Ok lah. Banyak plak komen saya ni kan. Macam saya pulak yang akan mendedahkan rahsia buat duit. Untuk mengetahui banyak lagi rahsia yang akan dibongkarkan secara besar-besaran, pastikan anda mendapatkan ebook percuma ini.
Klik sini untuk download percuma
ps mungkin satu hari nanti saya juga ada rahsia untuk didedahkan. Tungguuu....
Share‘Blogging’ Untuk Apa?
Semua orang mampu untuk memiliki blog samada yang percuma seperti blogger.com dan wordpress.com ataupun yang self hosted. Banyak blog yang selalu saya lawati adalah blog yang tidak kurang hebatnya dari segi appearance dan kandungannya, malah mempunyai pelawat setia dan trafik yang tinggi setiap hari. Tetapi tahukah anda, sebilangan besar Bloggers menghadapi masa yang sukar untuk maintain kandungan blog mereka kerana blog yang bagus adalah blog yang kandungannya sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan fresh. Dan mereka ini yang saya maksudkan adalah Bloggers 'part timer' (separuh masa) yang hanya menulis tidak lebih sebagai satu hobi dan mereka menyampah enjoy dengan apa yang mereka lakukan.

Tetapi...bagaimana jika blog anda dapat memberikan pendapatan tambahan kepada anda? Malah, mungkin sebagai sumber pendapatan utama anda! Wahh...maksudnya anda sudah boleh blogging 'full time' (sepenuh masa) dan dapat bayaran atas apa yang anda sememangnya suka lakukan. Hebat bukan?
Tiada salahnya menukar hobi anda kepada bisnes, mungkin ianya adalah lebih baik. Malah, kebanyakan Blogger yang berjaya samada di Malaysia atau luar negara, adalah mereka yang begitu berminat dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang mereka biasa lakukan, sama seperti anda juga. Tetapi dalam masa yang sama, mereka dapat 'buat duit' daripada blog mereka.
Jadi, apakah tujuan anda ber 'blogging? Sekadar satu hobi bagi mengisi masa lapang? Agar nampak tidak ketinggalan zaman? (memandangkan mutakhir ini setiap orang telah memiliki blog). Sekadar suka-suka? Medan untuk anda meluahkan rasa tidak puas hati anda?, ataupun memang blogging adalah platform untuk anda 'buat duit' dan merupakan periuk nasi anda?
Tetapkan pilihan anda.
Share“Stay In Touch” Cara “Twitter”
Saya baru saja menyertai Twitter. Twitter adalah satu jenis aplikasi yang membolehkan anda kekal berhubungan dengan contact anda. Twitter akan mengubah cara anda untuk 'stay in touch' dengan kawan-kawan, keluarga mahupun sesiapa sahaja. Apa saja yang anda tuliskan atau update mengenai diri anda, atau apa yang sedang anda lakukan, secara automatik contact atau followers anda akan tahu mengenainya. Twitter ni lebih kurang macam RSS juga le, tapi dalam bentuk yang lebih menarik.
![]()
The New York Times mengatakan bahawa Twitter adalah "one of the fastest-growing phenomena on the internet". Majalah TIME pula mengatakan "Twitter is on its way to becoming the next killer app". Semoga rakyat Malaysia dapat menggunakan perkhidmatan Twitter untuk kekal berhubungan dan bernetworking.
Jom follow saya dalam Twitter !
ShareSelamat Berpuasa
"Selamat Berpuasa" saya ucapkan kepada semua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan dan keinsafan kepada kita.
ps. Pagi tadi liat plak nak bangun sahur
Share


