Pakej Lengkap Web Jualan - Klik sini ! ?

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Cash88.com is a scam?

25 10 2008

Salam sejahtera semua. Seminggu dua ni saya agak sibuk, tersangatlah sibuknya. Tapi takpelah, saya akan cuba untuk meluangkan masa berkualiti dengan anda semua.

Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda semua pada post kali ini. Pada minggu lepas, saya telah mendapat email spam dari orang yang saya tidak kenali yang mengajak saya untuk menyertai satu program untuk tambah pendapatan melalui Cash88.com

Saya pasti, anda semua pasti pernah mendengar atau mendapat email jemputan untuk menyertai program Cash88.com dari kawan-kawan anda di mana kononnya kita akan dibayar untuk klik pada iklan di laman web tersebut. Tiba-tiba, saya teringat kembali…rupa-rupanya saya telah menyertai program ini lama dahulu atas ajakan seorang kawan. Memang saya telah menyertai program ini, tetapi telah lama saya tinggalkan dan tidak ambil tahu mengenainya sebab saya beranggapan, program melalui Cash88.com belum terbukti keberkesanannya dalam menambahkan pendapatan. Disamping itu juga, saya masih belum mendengar cerita atau dibuktikan ada ahli yang pernah mendapat bayaran dari Cash88.com. Benarkah Cash88.com benar-benar membayar ahlinya?

Apa yang menjadi tanda tanya ialah, saya telah mendapat beribu ‘point’ hasil dari saya meng ‘klik’ pada iklan tetapi, ‘cash’ yang saya perolehi masih zero RM 0.0000. Sampai berapa point baru dapat ‘cash’? Point dah beribu tetapi not even a single cent di dalam ‘cash’ account? Pelik tetapi benar!

Lantas, saya berpendapat dan beranggapan bahawa, program Cash88.com adalah satu penipuan internet ataupun apa yang disebut sebagai ‘Scam’. Saya tak tahulah jika anda beranggapan sebaliknya. Saya telah cuba untuk menghubungi pihak admin Cash88.com melalui email untuk minta penjelasan tetapi setelah beberapa email dihantar, satu pun tidak dibalas. Ini menguatkan lagi telahan saya mengenai program ini.

Ada tak sesiapa yang pernah mendapat bayaran daripada program Cash88.com ini? Jika ada sesiapa yang betul-betul pernah mendapat bayaran, harap dapat kongsikan pengalaman anda di sini. Please, I beg you.

Jika anda pun beranggapan program Cash88.com adalah satu penipuan, harap dapat war-war kan perkara ini kepada kawan-kawan anda, agar mereka juga tidak tertipu atas program sebegini yang menjanjikan duit mudah melalui internet dan mengeksploitasi penguna-pengguna internet yang mungkin tidak berapa arif tentang kaedah-kaedah dan cara terbaik untuk menambahkan pendapatan melalui internet.

Bagi saya, Cash88.com is a scam!

Share This Post


Percuma : Twitter Automation Report

10 10 2008

Apa khabar semua?

Laman web social networking seperti MySpace, Friendster, Hi5 dan lain-lain memang mendapat sambutan dari pengguna internet seluruh dunia sebagai salah satu cara untuk mencari kenalan dan bersosial.

Lagi satu social networking tool yang begitu popular ialah Twitter tetapi saya yakin masih belum begitu popular di kalangan rakyat Malaysia, tapi amat popular di kalangan pengguna internet luar negara.

Saya tidak perlu menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Twitter dan fungsinya kerana anda boleh baca mengenainya di Twitter.com

Report Percuma

Report ini ringkas sahaja dan hanya 4 mukasurat yang padat dengan informasi berguna bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan Twitter sebagai tools untuk bersosial dan marketing.

Dalam report ini dijelaskan secara ringkas tentang tools untuk aplikasi Twitter seperti berikut :

1) Bagaimana anda boleh ucap terima kasih direct ke email orang yang follow kita secara automatik.

2) Secara automatik juga, kita boleh follow balik orang yang follow kita, tak perlu buat secara manual.

3) Boleh broadcast kepada semua follower kita, cuma perlu set tarikh sahaja.

Dan yang paling menarik, semua tools ini adalah percuma sahaja dan untuk tahu URL tool ini, anda cuma perlu download report ini. Tiada udang sebalik batu tau ! :)

Klik di sini untuk download

Jika anda mahu dapatkan update dari saya in real time, sila follow saya di Twitter dan saya akan follow anda secara automatik :)

Klik di sini utuk follow saya : http://www.twitter.com/rakanblogger

ps - Tawaran duit raya masih terbuka, rugi jika anda tak dapatkannya. Klik sini

Share This Post


Lagi Duit Raya Untuk Anda..

7 10 2008

Apa khabar semua? Anda masih lagi beraya di kampung? Banyak dapat duit raya?

“Program duit raya” terbaru iaitu program pay-per-lead daripada jutawan internet antarabangsa iaitu Russel Brunson yang akan memberikan anda USD1 untuk setiap orang yang mendaftar melalui link anda bagi menyertai Contest yang dianjurkan beliau. Wah… lumayan tu !

Bagi melayakkan anda menyertai program ini, ikuti langkah mudah di bawah :

1) Buka laman web ini http://simurl.com/vupgih

2) Masukkan nama, email, username & password yang anda mahu. Juga tuliskan semula kod yang dipaparkan.

3) Anda akan dibawa ke page “product offer”. Scroll ke bawah dan klik pada butang warna kelabu “No Continue to member area”

4) Promosikan “link affiliate” anda yang diberikan secara automatik selepas anda mendaftar samada di blog, forum, melalui email dan lain-lain.

Wang komisyen akan dibayar melalui akaun PayPal anda. Jika anda tidak mempunyai akaun PayPal, anda boleh buka secara percuma di www.paypal.com

Russel Brunson adalah seoarang jutawan internet antarabangsa dan beliau pernah menganjurkan program begini sebelum ini, dan berita baiknya adalah, beliau memang betul-betul membayar wang komisyen affiliate tersebut.

Saudara Mohd Suhaimy @ shuth telah mendapat bayaran sebanyak USD 303.50 dalam satu program sebegini yang dianjurkan oleh Russel Brunson pada bulan Oktober yang lalu. Bukti pembayaran anda boleh lihat di blog beliau

Bagi mereka yang biasa dengan dunia “internet marketing”, perkara begini memang satu yang biasa, normal dan BETUL. Bukannya satu penipuan.

Jom penuhkan akaun PayPal anda dengan duit raya USD. Ho..ho..ho..

Share This Post