Blog RakanBlogger Dot Com

12Dec/080

Percuma : 13 Cara Pendapatan Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha" kepada semua pengunjung blog ini yang berugama Islam. Semoga 'pengorbanan' kita dalam apa jua situasi yang kita hadapi, akan mendapat keberkatan Allah. Anda beraya di mana? Saya beraya di kampung isteri saya di Baling, Kedah.

Ramai juga yang bertanya kepada saya tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan dari internet. Bagi saya, terdapat 1001 cara untuk anda mendapatkan pendapatan dari internet. Jika anda tanya saya, salah satu punca pendapatan saya dari internet adalah melalui penjualan ebook dan menjadi affiliater untuk beberapa produk IM tempatan.

Persoalan "bagaimana untuk cari duit melalui internet" merupakan satu persoalan dan isu yang amat menarik dan seringkali dibincangkan oleh usahawan-usahawan internet di pelbagai laman web, blog dan forum.

Cuba anda buat satu carian di Google. Cuba taip "cari duit melalui internet" dan klik 'search'. Dalam sekelip mata anda akan didedahkan dengan 243,000 hasil carian yang mengandungi frasa tersebut. Mampukah anda untuk melawati dan meneliti satu persatu hasil carian tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang "cari duit melalui internet" ? Pastinya amat melecehkan...betul tak?

PanduanĀ Percuma

Blogger yang sedang meningkat naik iaitu saudara Anwar Yassin telah menerbitkan satu panduan ringkas tentang "13 Cara Pendapatan Internet" yang digarap hasil penelitian dan pengalaman beliau sendiri selama 2 tahun berkecimpung dalam perniagaan internet. Dalam panduan ini, anda akan didedahkan dengan 13 cara sebenar bagaimana usahawan internet menjana pendapatan mereka, namun ianya bukan berasaskan kepada penipuan seperti skim cepat kayap kaya, skim piramid, ponzi dan sebagainya.

Saya telah meneliti panduan ini dan merasakan ianya amat sesuai untuk newbie mahupun oldbie, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih 'blur' dan tercari-cari cara bagaimana cari duit melalui internet.

Mulakan langkah anda sekarang. Bertindak sekarang adalah lebih baik tanpa melakukan apa-apa dan membiarkan 'lubuk' duit dikerumuni oleh mereka yang lain.

Dapatkan panduan ini dengan percuma. Klik sini

Share

Related posts:

  1. Rebat tunai RM40 & Pakej PWA percuma!
  2. Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate
  3. Percuma : Mari buat duit dengan ebook

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.