Koleksi 70++ Ebook Perniagaan Internet
27 01 2009Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua ? Semoga anda sihat sejahtera.
Perniagaan internet merupakan salah satu sumber pendapatan tambahan saya walaupun saya hanya menjalankannya separuh masa tanpa perlu berhenti kerja. Jika anda juga amat berminat pada perniagaan internet dan berhasrat untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui internet, sememangnya menjalankan perniagaan internet adalah pilihan terbaik anda.
Namun, saya akui bukan semua orang memahami konsep serta selok-belok perniagaan internet jika mereka tiada pengetahuan asas mengenainya.
Tahukah anda, saya juga seperti mereka suatu masa dahulu…
Beberapa ‘istilah’ yang amat berkait rapat dengan perniagaan internet seperti Domain, Server, Webhosting, Trafik, PayPal, ClickBank, Adwords, Adsense, Autoresponder, Affiliate, Blog, Forum, Social Bookmark dan banyak lagi memang begitu asing bagi saya.
Tetapi bak kata pepatah “nak seribu daya, taknak seribu dalih”. Dengan niat untuk belajar, saya mula mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan internet yang boleh didapati secara percuma dari IM (Internet Marketer) yang berpengalaman dan lebih dahulu menjalankan perniagaan internet. Saya dapatkan ebook-ebook yang diberikan percuma oleh mereka dan belajar sedikit demi sedikit. Ebook yang diedarkan oleh mereka begitu berharga bagi saya dan saya jadikan sebagai panduan dan koleksi peribadi saya.
Koleksi 70++ Ebook Perniagaan Internet
“Koleksi 70++ Ebook Perniagaan Internet” ini adalah himpunan ebook berkaitan perniagaan internet yang saya dapatkan secara percuma dari IM tempatan samada di laman web atau blog mereka sejak setahun yang lalu. Sememangnya ebook-ebook ini mempunyai ‘nilai tersendiri’ dan saya simpan di hard disk komputer saya sebagai rujukan tambahan saya.
Pada hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda koleksi ebook ini agar anda juga mendapat manfaat dan ilmu daripadanya. Anda boleh dapatkan koleksi ebook ini dengan percuma. Saya ulang sekali lagi… “PERCUMA”.
>> Klik di sini untuk download
Semoga koleksi ebook ini dapat membuka minda anda tentang peluang perniagaan internet dan menjadi platform untuk anda memulakan perniagaan internet anda sendiri dan berjaya dengan cemerlang.
p/s - jika anda tak kisah, ucapkanlah terima kasih kepada saya di ruangan komen ![]()
Kategori : Ebook Percuma, Percuma, Perniagaan Internet




Masuk je tahun baru, bermakna umur kita dah bertambah lagi setahun (rasa macam dah tua plak 













Komen Semasa