Selamat Datang 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pejam celik, pejam celik...kita dah melangkah ke tahun baru 2009. Sebelum terlupa, saya ucapkan "Selamat Tahun Baru 2009" dan "Salam Ma'al Hijrah 1430".
Masuk je tahun baru, bermakna umur kita dah bertambah lagi setahun (rasa macam dah tua plak
). Pada hari ini, seperti biasa awal pagi lagi saya dah bangun setelah 'dikejutkan' oleh anak kedua saya yang dah tak sabar-sabar nak 'bergaya' dengan uniform sekolahnya yang baru saya beli. Maklumlah...hari ini adalah hari pendaftaran murid Tahun 1 di sekolahnya dan nampaknya, dia begitu 'excited' nak melangkah ke alam persekolahan. Teringat pulak saya tentang situasi yang sama 26 tahun yang lalu, saya juga sepertinya. Fuhhh...begitu nostalgik !
Pasti anda sekarang sedang membuat 'simple calculation' untuk mengetahui berapa umur sebenar saya kan ? Umur saya sekarang dah masuk 33 tahun. Muda lagi laaaaa
.
Saya amat bersyukur...
Saya amat bersyukur kerana pada hari ini, saya masih mampu bernafas dan melakukan tugas saya seperti biasa.
Saya amat bersyukur kerana anak saya masih boleh mengejutkan saya dari tidur walaupun saya rasa, emaknya yang lebih banyak mengejutkannya dari tidur.
Saya amat bersyukur kerana pada hari ini, saya masih boleh bersarapan pagi bersama keluarga.
Saya amat bersyukur kerana pada hari ini, saya masih boleh menghantar anak kedua saya ke sekolah untuk pendaftaran murid Tahun 1 di sekolahnya.
Saya amat bersyukur kerana pada hari ini, saya masih mampu membuka pintu kereta saya dan memandu ke pejabat.
Saya amat bersyukur kerana pada hari ini, saya masih mampu 'mengadap' komputer saya untuk menguruskan perniagaan internet saya, walaupun tiada 'sales' yang masuk pada hari ini.
Saya amat bersyukur kerana pada hari ini, saya masih mampu memandu pulang ke rumah dari pejabat dengan selamat.
Alhamdulillah...
Kedatangan Tahun Baru 2009 begitu menguatkan semangat saya untuk terus memperbaiki beberapa kelemahan yang ada pada diri saya dan memasang azam baru, impian baru, cita-cita baru dan harapan baru.
Semoga apa yang kita hajatkan akan tercapai hendaknya. Apa azam anda untuk tahun baru ini ? Sudah tercapaikah azam tahun-tahun yang lepas ?
Sama-sama kita hayati.
ShareNo related posts.
EBOOK PERCUMA
TERBAIK

ARTIKEL SEMASA
- Mengapa Perlu Akaun Paypal?
- Sekitar Seminar “Internet To Income” Patric Chan
- Percuma : Panduan Autoresponder
- Perkongsian Kisah Internet Marketer
- Siapa Kata “Newbie” Tidak Hebat?
KOMEN SEMASA
- Ramli on Mengapa Perlu Akaun Paypal?
- anis on Mengapa Perlu Akaun Paypal?
- mus on Mengapa Perlu Akaun Paypal?
- Ramli on Mengapa Perlu Akaun Paypal?
- mus on Mengapa Perlu Akaun Paypal?



January 2nd, 2009 - 11:22
Salam Maal Hijrah n Selamat Taun Baru 2009. Semoga sukses selalu…
January 2nd, 2009 - 14:57
Hepi New Year
January 5th, 2009 - 09:06
Selamat tahun baru 2009 dan salam maal hijrah..
All the best…
January 15th, 2009 - 18:51
Semoga tercapai cita2