Tiada idea untuk mulakan perniagaan internet?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
I'm alive !
Pasti ada yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang setelah lebih 2 minggu tidak menulis artikel baru di blog saya ini. Saya minta maaf. Sebenarnya saya tidak ke mana-mana, cuma saya terlalu sibuk menyiapkan beberapa tempahan laman web (minisite) dari kenalan terdekat dan juga beberapa urusan kerja dan peribadi.
Kadang-kadang saya merasakan saya menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer, dan ada masanya saya memerlukan rehat yang panjang bagi menenangkan minda dan 'refresh' semula neuron-neuron di kepala saya ini bagi menghasilkan idea-idea baru untuk perniagaan internet saya.
Tapi satu hakikat yang saya tidak dapat nafikan...memang saya tidak dapat 'lari' dari komputer saya dan ianya telah menjadi 'orang no. 2' saya selain dari keluarga saya. Setiap hari, perkara yang 'wajib' saya lakukan adalah login ke email saya untuk melihat email-email baru samada dari pelanggan saya atau 'peminat' saya
Baiklah...bercakap tentang idea perniagaan internet, saya pasti ada ketikanya, idea datang secara spontan dan mencurah-curah sehingga tak tahu nak buat yang mana satu, dan pada ketika yang lain, tiada langsung idea sehingga tidak tahu nak buat apa. Dikala anda mendapat idea yang begitu banyak sehinggakan yang tidak masuk akal pun ada, apa yang anda lakukan ? Adakah anda 'jot down' atau catatkan idea tersebut dalam diari anda ? Atau anda biarkan ianya lesap begitu sahaja ?
Alangkah ruginya jika anda tidak mencatat idea-idea tersebut walaupun ianya difikirkan sesuatu yang tidak masuk akal, atau idea tersebut telah diaplikasikan oleh seseorang. Jangan sesekali anda lupakan idea spontan seperti itu kerana atas sebab yang mungkin anda tidak tahu, idea spontan tersebut anda boleh gunakan bila tiba masanya anda ingin menghasilkan produk atau servis anda sendiri.
Berdasarkan pada pengalaman saya sendiri, adalah satu yang lebih mudah untuk anda mencipta idea baru dengan merujuk kepada idea-idea yang sedia ada (yang telah anda catatkan tadi), berbanding dengan mendapatkan idea baru tanpa sebarang rujukan di tangan anda.
Seorang usahawan internet yang saya kenali iaitu Saudara Sham, ingin berkongsi kepada anda 101 Idea Perniagaan Internet yang anda boleh lakukan dari rumah. Saya percaya idea-idea ini bukan datang dalam 1 - 2 hari, tetapi memakan masa yang lama. Mungkin senarai idea spontan anda ada dalam senarai idea yang dikumpukan oleh saudara Sham.
Asalkan saja anda ada komputer dan talian internet di rumah, anda boleh mulakan perniagaan internet anda pada bila-bila masa. Jangan bazirkan talian internet anda dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan apa-apa.
Jadi, jangan lupa untuk mencatat idea-idea spontan anda !
ShareNo related posts.




January 20th, 2009 - 00:26
nak cari idea power2 ni…
tak datang2 lg…
bercuti jauh2 nih…
January 21st, 2009 - 09:53
Kadangkala idea datang tak tentu masa. Bercuti kat mana tu Yuzmir? Balik kampung ke?
May 5th, 2009 - 20:01
Salam Olie..lama tak dengar cerita..dulu slalu gak sembang tentang cara2 carik duit di internet…
ana dah launch my web yang baru…. byk lagi nak kena belajar…then designer web tu kenalkan ana dengan 1 system ex4 to mq4..im no treally sure what is that…. so in honor to respect his invitation ..ana pun join la system tu,dia yang pakarnyer…tak sampai 4 jam , someone from India register bawah ana.. maybe Olie boleh tengok and give me some idea…is that a great way in making money…hari ni saja dia dah dapat more than 50usd with only 2 transaction…bukti transaksi ada pada ana…
May 23rd, 2009 - 10:34
salah satu info yang menarik yang saya tahu setakat ni adalah di http://www.pemasaranforum.com/index.php?ref=JANAWANG…dan saya masih dalam proses untuk belajar untuk membina perniagaan di internet..harap sudi membantu …