Blog RakanBlogger Dot Com

23Jan/096

Jualan amal untuk Palestin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Isu Palestin dan negara haram Israel memang tak pernah habis dari dulu sehingga sekarang. Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih budak-budak, bila melihat siaran Berita di kaca TV, pasti ada 'berita berdarah' tentang Palestin dan negara haram Israel. Tak habis-habis rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh dan ditindas oleh rejim Zionis yang memang tidak berperikemanusiaan.

Terus terang saya katakan "saya memang anti Israel" dan memang benar seperti kata Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad "Israel patut dihapuskan dari peta dunia".

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang isu Palestin sebab saya merasakan, saya bukan seorang yang layak untuk mengupas topik tersebut dengan panjang lebar dan anda boleh mendapatkan fakta-fakta tentang isu Palestin melalui sumber yang boleh dipercayai melalui internet dan media massa tempatan.

Berbalik kepada tajuk artikel di atas, saya amat terharu dan gembira dengan keperihatinan rakyat Malaysia yang memang dikenali dengan sifat pemurah yang sudi menghulurkan derma berupa wang ringgit kepada Tabung Kemanusiaan Palestin seperti yang dilancarkan oleh NSTP melalui "NSTP Fund for Gaza". Semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Saya juga berasa amat gembira apabila seorang usahawan internet Malaysia yang begitu popular iaitu saudara Zamri Nanyan telah mengambil keputusan untuk melancarkan kempen "Membeli Sambil Menderma" kelolaan beliau sendiri di mana RM20 dari RM50 harga jualan produk beliau akan disalurkan ke "NSTP Fund for Gaza".

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen kelolaan saudara Zamri Nanyan tersebut dengan klik pada link di bawah :

>> http://jualan-amal.com/palestin

Saya yakin bukan semua orang mampu atau ingin membeli produk yang ditawarkan oleh saudara Zamri Nanyan tersebut dan beliau amat arif tentang perkara itu. Tetapi saya melihat ianya sebagai satu usaha murni seorang usahawan internet tempatan yang mengambil inisiatif tersendiri bagi membantu rakyat Palestin dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Semoga usaha murni ini dapat dicontohi oleh usahawan internet yang lain.

Sebarang komen amat dialu-alukan. Sila beri komen anda di ruangan komen.

Share

Related posts:

  1. GDI sebagai pilihan ‘domain & hosting’ anda
  2. Rebat tunai RM40 & Pakej PWA percuma!

Comments (6) Trackbacks (0)
  1. Salam Olie… Ana betul-betul impress la ngan U…. n tulisan U lebih baik dari cikgu BM nih…huhuhuhu..keep up your good work…

  2. Wsalam Ana. Terima kasih :) Biasa je tu Ana. Selalulah berkunjung ke blog ini.

  3. Saya tidak berapa setuju dengan pernyataan encik bahawa Israel patut dihapuskan. Pandangan sebegitu amatlah sempit dan jelas Encik tidak mengkaji sejarah dengan betul dan terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam media. Walaupun tentera Israel memang kejam dan apa yang mereka lakukan tidak berperikemanusiaan, tetapi warga Israel sememangnya tidak bersalah, dan sebagai orang yang berfikiran waras kita tidak sepatutnya mencaci israel sebagai satu negara kerana kewujudan Israel termaktub dalam resolusi UN dan tidak melanggar undang-undang antarabangsa. Namun terdapat pelbagai isu yang amat dikesali juga, seperti pencerobohan terhadap tanah Palestin. Apa yang pasti, saya harap encik tidak terburu-buru untuk mengutuk Israel tanpa meneliti realiti sebenar di rantau tersebut. Kajilah menerusi majalah seperti Times dan Newsweek. Sekian.

  4. Memang saya tidak mengkaji sejarah Israel secara mendalam. Kenyataan saya dalam artikel di atas adalah kenyataan peribadi saya dan saya tahu bukan semua orang akan bersetuju dengan saya, kerana setiap orang ada pandangan masing-masing mengenai Israel. Anda juga ada pandangan tersendiri dan saya amat menghormatinya.

    Terima kasih atas komen anda.

  5. Inilah yang kita mahu, ada perkingsian ilmu yang salah kita perbetilkan yang ok kita sedapkan lagi….kira mcm nasik tambah r nie…

  6. “Kajilah menerusi majalah seperti Times dan Newsweek. Sekian.” …

    Saya tidak bersetuju dengan saudara Intelektual.

    Hurm, jadi tiada sebarang propaganda yang dibangkitkan oleh majalah-majalah tersebut? Saya rasa apa yg disampaikan oleh media tempatan lebih bersifat telus. Tiada sebarang kompromi dalam penyampaian kesahihan maklumat sebenar.

    14 hb Mei 2009 ini adalah genap 61 tahun Hari Naqba yang merupakan sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.

    Tambahan pula, polisi pembersihan etnik itu masih diteruskan, Israel secara ganas seperti menceroboh di Tebing Barat dan Jurusalem Timur sejak peperangan 1967 dan kini 400,000 orang rakyat Yahudi telah menduduki tanah Palestin.

    Sikap umat ISLAM. Terhadap Israel, semestinya umat ISLAM tidak perlu takut. Sebab, betapapun besarnya kekuatan mereka dan kerasnya usaha mereka mengobarkan perang , pasti berakhir dengan kegagalan. Realiti ini berdasarkan ayat (QS.Al-Maidah[5]:64)

    “Orang-orang Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.”

    Setiap hari rakyat Palestin dibunuh termasuk kanak-kanak, rumah mereka dihancurkan dan rakyat Palestin dihalang dari bergerak secara bebas dan mereka terus dihina


Leave a comment


No trackbacks yet.