Blog RakanBlogger Dot Com

24Feb/096

Phising : Pencuri silap orang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti anda semua sedia maklum, cubaan untuk menipu dan mencuri wang dalam akaun bank melalui internet atau juga dipanggil phising agak berleluasa kebelakangan ini. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ramai juga yang telah menjadi mangsa penipuan ini dan kerugian hingga beribu ringgit walaupun telah diberi amaran akan kegiatan ini oleh pihak bank.

Modus operandi aktiviti phising oleh pencuri online ini agak sama, iaitu menghantar email spam yang meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan online mangsa seperti username, password dan no. TAC dengan memberikan pelbagai alasan seperti kononnya server perbankan online menghadapi masalah dan sebagainya. Dalam email tersebut juga meminta mangsa untuk klik capaian (link) palsu kononnya untuk mengemaskini serta mengesahkan maklumat perbankan online mangsa yang akan membawa mereka ke satu laman web yang sekali pandang memang mirip atau sama seperti laman web perbankan online sebenar maybank2u dan cimbclicks.

Saya sebenarnya sudah banyak kali menerima email sebegini. Pada hari ini, sekali lagi saya telah menerima satu email daripada pihak yang mendakwa sebagai "Maybank" yang meminta saya untuk mengesahkan (verify) maklumat perbankan online Maybank saya dan memberikan username, password dan no. TAC :)

Saya tersenyum sendirian dan sedikit marah apabila membaca email ini kerana saya tahu ianya adalah satu penipuan dan cubaan untuk mencuri wang dalam akaun bank saya (pencuri macam tahu-tahu je dalam akaun bank saya ada juta-juta ;) ).

email

Saya berkata demikian kerana pihak bank tidak akan sekali-kali meminta pelanggannya untuk mendedahkan maklumat akaun mereka samada melalui email, sms, surat, panggilan telefon dan sebagainya. Nampaknya si pencuri sudah silap orang! Saya mengesyaki email tersebut adalah email palsu berdasarkan alamat email yang menggunakan domain bukan milik pihak Maybank.

Berikutan itu, saya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan email ini. Saya juga telah membuat aduan rasmi kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri melalui laman web rasminya.

Pihak SKMM juga telah meminta saya memajukan (forward) email asal kepadanya agar siasatan dapat dijalankan bagi mengesan pencuri online ini. Mereka juga telah mengesahkan email tersebut adalah email penipuan dan satu cubaan untuk mencuri wang dalam akaun bank saya.

Dalam perbualan telefon saya dengan pegawai SKMM, pihaknya juga memaklumkan bahawa aduan saya itu akan disiasat dan akan diserahkan kepada pihak Polis untuk diambil tindakan sewajarnya.

Jika anda juga pernah menerima email penipuan sebegini, anda boleh membuat aduan terus kepada pihak berwajib iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia samada melalui email atau telefon seperti butiran di bawah :

No. Hotline : 1-800-888-030

Email : aduanskmm@cmc.gov.my

Laman Web : http://www.skmm.gov.my

Zaman sekarang ni, senang je orang nak curi duit dari akaun kita kan. Boleh curi secara online jer. Tak perlu nak susah-payah pecah rumah. Jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga, mungkin kita juga akan menjadi mangsa penipuan zaman cyber ini. Saya merasakan kegiatan phising ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan tindakan membuat aduan kepada pihak berwajib adalah langkah perlu untuk membendung aktiviti tidak bermoral ini.

Jika anda rasakan maklumat ini bermanfaat kepada anda, diharapkan anda dapat kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja.

Klik saja button "share this post" di bawah artikel ini untuk beritahu kawan anda.

Share

No related posts.

Comments (6) Trackbacks (0)
  1. Diorang nie kadang nak bwat jenayah giler2…tapi syang teknik belom cukup gempak…bukan mudah nak tipu masyarakat arini. Semuanya dah bijak….tapi yang terkesan kalau sape yang cepat melatah atau kadang2 terlupa…

  2. fuhhh…banyak tol penipuan skrg ni…
    kalu tak hati2 mau kaye diorang ni…
    orang laen susah payah, diorang senang lenang…

  3. Kaya dengan duit haram takkan ke mana. Silap-silap boleh jadi muflis. Kesedaran pengguna amat penting bagi membendung aktiviti jenayah ini.

  4. silap org la depa nak tipu..
    skrg org dah pandai dah..

  5. Saya hari-hari dapat email mcm ni.. dari maybank konon… dari “cimb” pun ada jugak (saya tak de akaun cimb) Alhamdulillah, tak ada langsung nak bukak email2 depa ni…Selamat….

  6. Bagus Ainul. Email macam ni tak perlu buka…delete terus :)


Leave a comment


No trackbacks yet.