Bekerja dari rumah bersama Zamri Nanyan - Klik sini ! ?

Kad Debit Visa Electron Public Bank

25 03 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari yang lalu, saya telah menerima Kad Debit Visa Electron Public Bank yang saya pohon sejak 2 minggu yang lalu di Public Bank cawangan Bandar Baru, Sungai Petani.

Proses untuk memohon kad debit ini amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke Bank dan isi borang permohonan. Tidak memerlukan slip gaji dan umur minima untuk memohon kad ini adalah 12 tahun. Yuran tahunan adalah RM24 sahaja tetapi dikecualikan untuk tahun pertama.

Saya memohon kad ini untuk saya gunakan dalam urusan pembelian secara online. Walaupun saya memiliki kad kredit, saya tidak mahu menggunakannya. Saya dalam proses untuk menghapuskan segala hutang kad kredit saya :) .

Penggunaan kad debit ini adalah sama dengan kad kredit, tetapi anda perlu memasukkan dahulu duit ke dalam akaun kad debit ini sebelum boleh menggunakannya. Penggunaan kad debit ini adalah terhad kepada jumlah baki duit yang ada dalam kad ini.

Yang menariknya tentang Kad Debit Visa Electron Public Bank ini, kad ini boleh digunakan untuk ‘verify’ (mengesahkan) akaun PayPal saya. Sebelum ini, saya ada gunakan beberapa kad debit seperti Kad Debit Maybank dan Kad EonBank Freedom Mastercard untuk ‘verify’ akaun PayPal saya tetapi tidak berjaya. Kini, status akaun PayPal saya telahpun ‘verified’.

Selepas ini, saya boleh menerima pembayaran pelanggan saya melalui kad kredit ataupun PayPal.

Yeayy !! :)

Share This Post


Cantikkan profile Twitter anda

20 03 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda sudah mempunyai akaun Twitter ? Jika belum, anda boleh daftar percuma di sini

Jangan pandang rendah pada si ‘burung kecil’ Twitter, kerana Twitter adalah satu aplikasi yang amat berkuasa. Jika anda sudah biasa dengan perniagaan internet, saya pasti anda akan mengakui kehebatan Twitter dalam pemasaran internet.

Twitter berfungsi sebagai alat untuk memberitahu kepada rakan-rakan apa yang sedang kita buat dan sebagainya. Anda boleh baca ulasan saya mengenai Twitter di sini

Jutawan internet tempatan, Irfak Khairi menggunakan Twitter untuk memberitahu apa yang beliau sedang lakukan. Jutawan internet antarabangsa seperti Joel Comm dan Mike Filsaime juga mempunyai akaun Twitter masing-masing. Barrack Obama juga menggunakan Twitter semasa kempen pilihanraya Presiden US yang lalu.

Bagi mencantikkan profile Twitter anda, saya menggalakkan anda mendapatkan 42 template grafik untuk diletakkan sebagai background Twitter anda supaya nampak lebih elegan dan professional agar dapat menarik perhatian orang untuk follow Twitter anda.

Anda boleh mendapatkan template grafik yang cantik dan menawan ini melalui produk Twitter-Mania keluaran Mazlie Nadzri.

twittermania

Untuk mendapatkan produk Twitter-Mania ini, sila klik di sini

Saya syorkan anda mendapatkan produk ini kerana bukan sahaja anda mendapat 42 template grafik yang anda boleh gunakan sendiri, tetapi anda juga boleh menjual kembali produk ini dan simpan keuntungan 100% dari hasil jualan.

Jika anda belum ada produk untuk dijual, ini adalah peluang hebat untuk anda bagi memulakan perniagaan internet anda sendiri. Anda tidak perlu ‘garu kepala’ untuk mencipta produk sendiri, kerana sebaik sahaja anda mendapatkan produk ini, anda boleh menjualnya kembali untuk mendapat keuntungan.

Ramai yang mengadu kepada saya mereka tiada produk untuk dijual. Jika anda masih tercari-cari produk untuk dijual, bukankah ini satu peluang yang anda nanti-nantikan ?

Tepuk dada, tanya selera :)

p/s - Anda boleh lihat profile Twitter saya di http://twitter.com/rakanblogger

Share This Post


Kartunis pun jadi IM?

5 03 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ketika saya di sekolah menengah dahulu, salah satu komik yang saya suka beli adalah “majalah lawak antarabangsa” iaitu tak lain dan tak bukan Majalah Ujang. Memang tersenyum sorang-sorang lah saya jika baca majalah lawak tempatan itu. Memang lawak gila. gila pun tak lawak macam nih :)

Mungkin anda masih ingat kepada kartunis yang berdiri teguh di belakang majalah lawak itu seperti Gayour, Ubi, Kobis Bunga, Ayie, Nik dan beberapa orang lagi kartunis hebat yang saya tak ingat.

Jika anda belum tahu, salah seorang kartunis tersebut iaitu Kartunis Ubi telahpun menjadi kartunis bebas dan bergerak secara solo. Beliau juga telah berkecimpung dalam bidang perniagaan internet dengan menawarkan servis online rekaan karikatur katun (cartoon picture design) dan bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan katun.

Majalah IM Edisi 11 telah berjaya menemuramah Kartunis Ubi untuk menyingkap kisah kejayaannya dalam servis secara online ini. Saya memang ‘respek’ kat Ubi :)

majalahim11

Mungkin anda juga nak ikut jejak Kartunis Ubi nih. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di dalam Majalah IM edisi terbaru ini.

Anda boleh download kat sini http://majalahim.com/majalahim11.zip

Share This Post


Jom download percuma!

3 03 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan anda, satu acara giveaway’ yang pertama seumpamanya di Malaysia telahpun berlangsung bermula 1 Mac 2009 dan akan ditutup pada 10 Mac 2009.

Apakah acara ‘giveaway’ ini? Ianya adalah satu program di mana para usahawan internet tempatan akan bersatu berganding bahu menyumbangkan pelbagai produk percuma berupa ebook, software dan pelbagai lagi untuk di muat-turun secara percuma tanpa had bagi membina ’senarai email’ mereka dan juga memperbesarkannya lagi.

Jika anda seorang usahawan internet yang serius, pembinaan senarai email (list) anda sendiri adalah amat penting. “The money is in the list” ! ;) Dengan list, anda boleh menghubungi prospek anda pada bila-bila masa yang anda mahukan hanya dengan satu klik.

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang acara ‘giveaway’ ini, kerana anda boleh baca di laman web program tersebut, sila klik di bawah :

http://www.semarakazambaru.com

Inilah peluang anda untuk memuat-turun pelbagai produk percuma tanpa had. Dan kepada anda, usahawan internet yang mahu membina atau membesarkan lagi senarai email anda, ini adalah tempatnya.

Ooppss… Untuk anda yang masih belum memiliki Autoresponder bagi tujuan membina senarai email anda sendiri, anda boleh dapatkan autoresponder sehebat Getresponse dan Aweber di sini.

Jika anda enjoy membaca di blog ini, anda digalakkan
subscribe melalui email

Share This Post