Kartunis pun jadi IM?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ketika saya di sekolah menengah dahulu, salah satu komik yang saya suka beli adalah "majalah lawak antarabangsa" iaitu tak lain dan tak bukan Majalah Ujang. Memang tersenyum sorang-sorang lah saya jika baca majalah lawak tempatan itu. Memang lawak gila. gila pun tak lawak macam nih
Mungkin anda masih ingat kepada kartunis yang berdiri teguh di belakang majalah lawak itu seperti Gayour, Ubi, Kobis Bunga, Ayie, Nik dan beberapa orang lagi kartunis hebat yang saya tak ingat.
Jika anda belum tahu, salah seorang kartunis tersebut iaitu Kartunis Ubi telahpun menjadi kartunis bebas dan bergerak secara solo. Beliau juga telah berkecimpung dalam bidang perniagaan internet dengan menawarkan servis online rekaan karikatur katun (cartoon picture design) dan bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan katun.
Majalah IM Edisi 11 telah berjaya menemuramah Kartunis Ubi untuk menyingkap kisah kejayaannya dalam servis secara online ini. Saya memang 'respek' kat Ubi

Mungkin anda juga nak ikut jejak Kartunis Ubi nih. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di dalam Majalah IM edisi terbaru ini.
Anda boleh download kat sini http://majalahim.com/majalahim11.zip
ShareNo related posts.




March 5th, 2009 - 22:59
Saya pun suka jugak baca majalah Ujang dulu2 tu..
March 9th, 2009 - 07:16
Masa muda-muda dulu rajin gak smbar majalah yang membe beli. Tu yang prasan……nickname Ubi nie. Tapi dia bwat siri yang mn ye???
March 9th, 2009 - 11:04
Ubi buat siri “Budak Hostel” (94-97), “Aku, Dia & Volkswagen” (97-02) dan “IN” (99-02). Saya suka gak kat Gayour. Katunnya memang “metal” habis.
March 16th, 2009 - 12:55
bukan kartunis jer… org gomen mcm aku nih pun buat part time job mcm nih. huhuhu nak hidup bro.