Kad Debit Visa Electron Public Bank
25 03 2009Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa hari yang lalu, saya telah menerima Kad Debit Visa Electron Public Bank yang saya pohon sejak 2 minggu yang lalu di Public Bank cawangan Bandar Baru, Sungai Petani.

Proses untuk memohon kad debit ini amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke Bank dan isi borang permohonan. Tidak memerlukan slip gaji dan umur minima untuk memohon kad ini adalah 12 tahun. Yuran tahunan adalah RM24 sahaja tetapi dikecualikan untuk tahun pertama.
Saya memohon kad ini untuk saya gunakan dalam urusan pembelian secara online. Walaupun saya memiliki kad kredit, saya tidak mahu menggunakannya. Saya dalam proses untuk menghapuskan segala hutang kad kredit saya
.
Penggunaan kad debit ini adalah sama dengan kad kredit, tetapi anda perlu memasukkan dahulu duit ke dalam akaun kad debit ini sebelum boleh menggunakannya. Penggunaan kad debit ini adalah terhad kepada jumlah baki duit yang ada dalam kad ini.
Yang menariknya tentang Kad Debit Visa Electron Public Bank ini, kad ini boleh digunakan untuk ‘verify’ (mengesahkan) akaun PayPal saya. Sebelum ini, saya ada gunakan beberapa kad debit seperti Kad Debit Maybank dan Kad EonBank Freedom Mastercard untuk ‘verify’ akaun PayPal saya tetapi tidak berjaya. Kini, status akaun PayPal saya telahpun ‘verified’.
Selepas ini, saya boleh menerima pembayaran pelanggan saya melalui kad kredit ataupun PayPal.
Yeayy !!
Related posts:

















Sayapun menggunakan PB debit kad utk withdraw duit paypal & bayar fee ebay. Yang saya diberitahu, selain PB; AmBank & Ar-Rahji boleh terima paypal. Sebelum PB memang saya dah dapat debit kad AmBank tapi tak boleh withdraw paypal, Ar-Rahji pulak takde kat kawasan saya. Tapi kalau tak silap, MoneyTune dah boleh terima paypal … mungkin bank lain juga tapi memang sah2 Maybank & EON takde dlm senarai.
Kalo nak tengok balance kat online, kena apply kat bank, isi borang & tunggu, depa akan kasi password dlm sealed slip, peh tu baru kita register sendiri di pc / laptop di rumah.
Setakat yang saya tahu, Kad Debit PB memang pilihan terbaik untuk verified dan withdraw duit PayPal jika tiada kad kredit. Saya pun dah activate PB online banking supaya senang nak cek akaun kad online je.
yup…skrg ni kad debit PB is the best…
alamak i pegi apply mastercard instead of visa electron. ni mastercard sama ker dgn visa utk verify?
Alhamdulillah..brtambah ilmu saya mngenai banking ni..
trima kaseh semua:)
Tahniah sbb dah ada kad debit. Sy pun guna kad debit visa PB saje buat masa ni.
Memang best la kad public bank visa debit nih.. senang nak verify paypal..recommend..senang nak buat duit online…
Hi, i borrow my sister PBB Visa Electron and try to verify my paypal accound. But when i key in the 16 digit and the last 3 digit from behind the paypal say “the card has been denied by the bank”.
How to solve this problem?
tha card is apply since 2002. and now the balance inside the card is below than RM100. Need any fee to verify paypal or not?
Hi. As I know, the problem might be because of your paypal account name is differ from the PBB Visa Electron Card’s name which is belongs to your sister. Your paypal account name must be the same as the PBB Card name. In other words, you can’t use others card to verify your paypal account.
You have to get your own PBB Card or if you have Maybank Debit Card, you can use it to verify your paypal. Paypal will charge USD 1.95 to your card in order to verify your account but the amount will be credited back to your card’s account.
Thanks.
masih tercari cari debit card yang sesuai….