Peluang belajar internet marketing dengan percuma
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Marketing" ataupun pemasaran adalah salah satu cabang ilmu paling penting dalam perniagaan internet yang anda perlu kuasai jika mahu berjaya dalam bidang ini. Bagaimana anda nak jual produk anda kepada pelanggan yang berpotensi jika anda tidak tahu cara untuk memasarkannya. Teknik marketing secara online adalah agak berbeza dengan teknik marketing di dunia nyata. Teknik internet marketing melibatkan email, PPC, Adwords, Forum dan banyak lagi.
Saya baru saja menyertai kursus internet marketing secara online dengan percuma yang dikendalikan oleh internet marketer terkenal iaitu Jeremy Schoemaker. Kursus yang dinamakan "Shoemoney Xtreme Internet Marketing Guides" ini akan berjalan selama 12 minggu.
Saya rasa, ada baiknya saya kongsikan peluang ini dengan anda agar anda juga boleh menyertainya dengan percuma. Dapat juga tambahkan pengetahuan dalam internet marketing. Sama-sama kita boleh belajar.
Kursus ini baru saja berlangsung dan jika anda rasa ini peluang baik untuk anda belajar, saya sarankan anda menyertai kursus ini dengan hanya meletakkan nama dan alamat email anda.
Sila lawat link di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran :
ShareRelated posts:




May 29th, 2009 - 13:24
huh…belajar ni memang bagus…
lebih2 lagi melalui online…
tp aku punye mase ni tak tentu…
banyak commitment nak kene follow…
time online tu pun blom tau kol berapa…
thanx olie kerana berkongsi…
May 29th, 2009 - 17:33
Kursus ni bukan secara live ataupun melalui YM dan sebagainya. Bahan pembelajaran dalam format pdf akan diemail kepada kita mengikut topik yang disediakan pada setiap minggu. Jadi, ikut masa free kita bila nak study tu.
June 1st, 2009 - 01:18
memang bagus kalu lebih ramai IM yang lain turut ikut jejak Jeremy Schoemaker tue….memang ramai yang nak kan ilmu2 tentang e-biz nie tapi memandangkan kos dan mase ramai yg tak sanggup…
June 3rd, 2009 - 10:32
walaupun free
ianya pasti ada kualiti tersendiri
bro dah masuk minggu ke berapa belajar dengan dia nie?
June 3rd, 2009 - 12:18
Ya, memang berkualiti. Saya baru minggu pertama. Dah join ke belum? Rugi kalau tak join. Topik yang diajar termasuk teknik affiliate, PPC, market research, SEO, site creation, content creation dan banyak lagi. Ini peluang ceduk ilmu daripada guru yang telah menjana puluhan ribu usd sebulan.
June 4th, 2009 - 05:38
teruskan perjuangan olie..macam mana setakat ini perniagaan online harap lebih sukses lagi banyak yang sudah olie belajar harap dapat berkongsi dengan pembaca blog ini..
ttb pula masih macam dulu jugak hehehe..slow sikit nak niaga online ni…
July 5th, 2010 - 16:41
thanks infonya