Blog RakanBlogger Dot Com




24Jun/091

Review : Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari.

Tema ini lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda. Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan.

Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

Apa Yang Akan Anda Dapat Dalam Minggu Pelancaran?

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama

Keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turn (download) themes MiniOpt-in. Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh beliau.

Khabar angin bahawa Iskandar akan bina 5 lagi tema mini opt-in yang lebih mengancam lagi memang benar! BERITA BAIK! Semua ahli Mini Pro akan mendapatkannya secara PERCUMA! Al-kisahnya sekarang, adakah anda ahli Mini Pro ini?

Kedua

Anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga

Anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

Bonus Tambahan

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:
- 15 Opt-in Box Sidebar
- 15 Opt-in Box Blog
- 50 Anak Panah Animasi
- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu)
- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)
- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Tawaran Bonus Jika Dapatkan MiniOpt-In Melalui Link Saya

Saya telah sediakan 5 bonus percuma untuk anda jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini melalui link saya. Nak tahu bonus daripada saya? Sila klik link di bawah :

http://rakanblogger.com/bonus/minioptin

Mungkin ramai yang berkata, "banyak tema kat luar sana" tetapi seseorang perlu ingat, jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header. Saya sendiri tidak pernah menjumpai tema-tema seperti itu.

Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda? Bagi saya ya, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya. Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini.

PS. Saya antara orang terawal mendapatkan Mini Opt-In ini dalam minggu pelancaran :)

Share
13Jun/093

Pelancaran Program Affiliate PanduanWebAdvance.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ada yang bertanya, apa itu program affiliate ? Ianya adalah satu program di mana anda bertindak menjadi agen pemasaran sesuatu produk samada produk fizikal mahupun produk digital melalui link affiliate anda, dan anda akan dibayar komisyen tertentu apabila berlaku jualan melalui link affiliate anda tadi.

Program affiliate juga merupakan 'jalan pintas' untuk anda yang tidak mempunyai produk sendiri untuk meraih keuntungan dengan mempromosikan produk orang lain. Anda hanya perlu mempromosikan produk affiliate dengan bantuan beberapa tools yang disediakan, dan nikmati komisyen hasil jualan terus ke akaun bank anda pada setiap bulan :) .

Saya baru saja selesai memasang skrip affiliate di salah satu laman web jualan produk edaran saya iaitu Pakej Ebook PanduanWeb Advance Edition . Produk ini adalah salah satu produk terbaik edaran saya dan telah mencatatkan banyak jualan kepada saya.

Anda boleh lihat laman web jualan produk tersebut di bawah :

http://www.panduanwebadvance.com

Saya dengan ini melancarkan program affiliate untuk produk tersebut dan secara rasmi menjemput anda untuk menjadi agen affiliate dan saya akan membayar komisyen RM20 (50%) kepada anda untuk setiap jualan yang berlaku dari link affiliate anda. Lumayan juga kan? :)

Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate dengan percuma melalui link di bawah :

http://www.panduanwebadvance.com/member

Saya telah sediakan banner yang amat 'memukau' yang telah disertakan dengan link affiliate anda untuk membantu anda membuat jualan. Anda boleh gunakan banner tersebut untuk diletakkan di blog anda, di bahagian signature forum, email, laman sosial seperti Facebook atau di mana sahaja yang anda fikirkan perlu.

Ini adalah peluang anda untuk buat duit dan praktikkan skil affiliate anda.

ps. Jika anda berjaya melakukan 10 jualan sebulan, senang-senang je anda dapat duit poket RM200 :)

Share