Bekerja dari rumah bersama Zamri Nanyan - Klik sini ! ?

Langkah awal bina ‘mailing list’ anda sendiri | Autoresponder

7 06 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salah satu langkah penting apabila anda mula serius dalam perniagaan internet adalah memiliki ‘mailing list’ anda sendiri. Apa itu ‘mailing list’? Saya rasa ramai yang sudah tahu. Secara mudah, ianya adalah koleksi alamat email milik individu atau organisasi yang anda kumpul, dan anda gunakan ‘mailing list’ itu untuk mengedarkan sebarang maklumat, promosi dan lain-lain dari masa ke semasa.

Dalam perniagaan internet, alamat email atau ‘mailing list’ haruslah anda dapatkan secara sah dan beretika. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan Autoresponder. Autoresponder adalah program komputer yang bertugas untukĀ  ‘menangkap’ dan menyimpan alamat email yang diberi oleh individu atau pengunjung yang melawat laman web atau ‘landing page’ anda.

Autoresponder juga bertugas untuk serta-merta memberi respon kepada pengunjung laman web anda seperti memberi link download kepada mereka dan menghantar email follow-up kepada mereka secara automatik mengikut selang masa yang anda tetapkan, tanpa perlu anda lakukannya secara manual (malah ketika anda sedang nyenyak tidur). Errmm..best kan? :)

Sistem Autoresponder ada yang percuma dan berbayar. Antara Autoresponder berbayar yang banyak digunakan oleh usahawan internet Malaysia mahupun luar negara adalah Aweber dan Getresponses. Namun bayaran untuk menggunakan Aweber dan Getresponses adalah agak mahal iaitu lebih kurang RM60 - RM70 sebulan. Autoresponder percuma pula adalah seperti FreeAutobot .

Alternatif kepada Aweber dan Getresponse

Jika anda masih baru dalam perniagaan internet dan belum mempunyai budget yang mencukupi untuk menyewa Autoresponder berbayar, jangan risau, ada satu alternatif untuk anda. Anda boleh gunakan skrip Autoresponder percuma yang boleh dipasang di server anda iaitu Easyautores .

Autoresponder Easyautores ini mempunyai ciri yang seakan sama seperti Autoresponder berbayar Aweber dan Getresponse dan dilengkapi sistem double opt-in yang memerlukan subscriber untuk mengesahkan email mereka terlebih dahulu dengan klik pada link yang diberikan di email mereka.

Demi kejayaan perniagaan internet anda, anda tiada pilihan lain selain menggunakan Autoresponder. Menggunakan Atoresponder dapat meningkatkan jualan produk anda dan anda tidak akan kehilangan bakal pelanggan untuk jangkamasa panjang.

Dapatkan Ebook Panduan Memasang Autoresponder EasyAutores sekarang .

Jika anda ada sebarang pertanyaan, harap berikan di ruangan komen.

Share This Post

Related posts:

  1. Ebook Percuma : Panduan Getresponse
  2. Jom download percuma!
  3. Kenapa perlu memiliki senarai email?


Actions

Informations

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by yuzmir Subscribed to comments via email
2009-06-08 23:07:37

ahaa…mmg menarik gak gune Autores ni…senang nak pasang…
lagi pun free je installment bulan2…heheee…
tp nk dapatkannya kene la beli…tp mula2 je…
aku pun dah gunekannye…
meh la blogger2 semua…dapatkan EasyAutores ni…
tak payah cari jauh2…dapatkan je dr blog ni…

 
Comment by olie
2009-06-09 08:55:13

Ya Yuzmir. Autoresponder EasyAutores ni tidak perlu bayaran bulanan. Fungsinya juga mesra pengguna dan amat mudah untuk dikendalikan. Saya sendiri menggunakan autoresponder ini dan sehingga sekarang, saya dah pasang autoresponder ini di 3 laman web saya.

 
Comment by KampungBoy
2009-06-09 16:14:42

sebenarnya script autoresponder ada pelbagai sebenarnya
saya sendiri pun ada memasangkan script autoresponder
tuk orang len…..

 
Comment by redfar
2010-02-24 08:50:45

salam, terasa gatal nk komen plak.. Easyautores ni xpyh byr bulanan? efektif ker??

Comment by olie
2010-02-24 11:01:09

Easyautores tidak memerlukan bayaran bulanan, tetapi perlu ada hosting sendiri kerana saudara perlu install skrip autoresponder ke hosting. Easyautores mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan autoresponder berbayar. Efektif atau tidak bergantung pada penggunaan saudara sendiri.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post


Terbaik untuk anda :