Blog RakanBlogger Dot Com




30Jul/094

Kenapa perlu memiliki senarai email?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ramai antara kita yang masih kabur dan samar-samar mengapa begitu pentingnya untuk mengumpul dan membina senarai email sendiri. Hanya mereka yang mempunyai senarai email sendiri sahaja yang tahu betapa nikmat dan mudahnya kaedah pemasaran email dalam memasarkan sesuatu produk.

Kenapa perlu memiliki senarai email? Saya beritahu sebabnya.

Saya berikan contoh. Jika anda memiliki 1000 senarai email dan kemudian anda mempromosikan produk anda yang berharga RM50 kepada kesemua 1000 senarai email yang anda miliki tadi.

Jika hanya 5% sahaja daripada 1000 orang tadi yang membeli produk anda yang berharga RM50, senang-senang saja anda mengaut keuntungan RM250.

=> 50 orang x RM50 = RM2500

Bagaimana jika 10% atau 20% daripada 1000 senarai email tadi membeli produk anda yang berharga RM50? Anda boleh kira sendiri :)

Untuk mengumpul senarai email, anda memerlukan sistem autoresponder yang akan bekerja 24 jam sehari untuk anda. Dalam perniagaan internet, terdapat 2 sistem autoresponder berbayar yang banyak digunakan oleh usahawan internet tempatan mahupun luar negara iaitu :

1) Getresponse http://www.getresponse.com

2) Aweber http://www.aweber.com

Namun, bayaran bulanan untuk kedua sistem autoresponder berbayar ini adalah agak tinggi sekitar RM60 - RM70 sebulan, dan ini pastinya agak membebankan jika anda masih belum mempunyai budget yang mencukupi. Walaubagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan sistem autoresponder berbayar ini, saya pasti pelaburan anda amat berbaloi kerana kedua sistem autoresponder berkenaan adalah antara yang terbaik.

Sebagai alternatif kepada Getresponse dan Aweber, anda boleh gunakan skrip autoresponder percuma yang anda boleh pasang di server anda sendiri iaitu EasyAutores dan lupakan tentang bayaran bulanan.

=> http://panduanwebadvance.com/easyautores

Autoresponder EasyAutores ini mempunyai ciri yang seakan sama seperti Getresponse dan Aweber. Saya pasti memiliki Autoresponder EasyAutores merupakan langkah bijak untuk anda mula mengumpulkan senarai email anda sendiri.

Biar sehebat manapun produk anda, jika anda gagal dalam pemasaran, produk anda tidak akan terjual dan salah satu teknik pemasaran yang amat berkesan adalah pemasaran email.

ps. Ketahui rahsia bagaimana seorang usahawan internet tempatan menghasilkan RM13,744.80 dalam masa 2 minggu sahaja melalui kaedah pemasaran email. Klik sini

Share
7Jul/090

Komisyen Affiliate PWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Catatan hari ini ringkas sahaja.

Saya baru saja selesai membuat pembayaran komisyen affiliate PanduanWebAdvance.com bagi tempoh berakhir 5 Julai 2009. Hanya seorang saja agen yang berjaya membuat jualan dan saya ucapkan tahniah. Diharapkan agen akan meningkatkan lagi usaha bagi mendapatkan komisyen yang lebih banyak.

PanduanWeb Advance Edition adalah produk jualan saya yang terlaris dan sentiasa mendapat permintaan dan saya yakin ianya akan terus mendapat permintaan sampai bila-bila walaupun banyak juga saingan.

Jika anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh mempromosikan produk saya ini dan nikmati komisyen jualan pada setiap bulan.

Bagi yang berminat untuk menjadi agen affiliate produk ini, anda boleh daftar dengan percuma di sini.

Share