Blog RakanBlogger Dot Com

28Sep/098

Kad Debit Visa Maybank untuk transaksi online

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita gembira untuk mereka yang tidak mempunya kad kredit untuk transaksi online. Kini, Kad Debit Visa Maybank telah boleh digunakan untuk transaksi online seperti membuat pembayaran secara online, verify akaun PayPal dan sebagainya.

Di sini saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh mengaktifkan Kad Debit Visa Maybank untuk transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.

1. Masuk ke akaun Maybank2u anda. Klik www.Maybank2u.com.my

2. Klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Registration"

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik "submit".

Anda perlu memilih "password" anda sendiri.

4. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Dengan beberapa langkah mudah di atas, anda telah boleh menggunakan Kad debit Visa Maybank anda untuk transaksi di internet.

Share

No related posts.

Comments (8) Trackbacks (0)
  1. Maklumat berguna dgn screenshoot skali. Aku pun dh wat dh.

  2. wahhh..baru tadi dok terkial-kial nak daftar kad debit nih…sekali ada email lak yang mengajar…bagus betullah awak nih olie…tqvm

  3. aku pun nak cuba apply tp kena caj ker??

  4. Jika rohadi belum ada akaun maybank, boleh buka akaun maybank dan akan dapat debit kad tu. Caj hanya RM12 sahaja untuk kad tersebut.

  5. Salam,betul ke maybank debit kad dah boleh guna untuk verified akaun Paypal? Sebelum ni tak boleh kan?

  6. Wsalam. Ya memang kad debit maybank yang ada gambar buah ceri tu dah boleh untuk verified akaun paypal. Sebelum ni memang tak boleh.

  7. Saya tak faham sangat pasal Kad Debit ni.. Baru2 ni saya buka Akaun Simpanan kat Maybank.. & minta buat kad ATM sekali.. Caj RM8 dikenakan.. Kad Maybank saya serupa dgn kad yg ada buah ceri tu.. ermmm.. kalau kita minta Kad ATM.. derang memang buatkan Kad Debit ka??

    Sorry laaa kalau soalan saya mcm ala2 tak bijak.. tapi saya memang tak tahu banyak pasal Kad Debit ni..

  8. Peah, kad Maybank yang ada gambar buah ceri tu ialah kad debit yang juga berfungsi sebagai kad ATM. Selalunya bila buka akaun simpanan kat Maybank, pihak bank akan tanya nak kad ATM biasa atau nak kad debit. Kita boleh pilih. Tak tahulah sekarang macam mana. Mungkin pihak bank terus bagi kad debit kot. Memang caj dikenakan.


Leave a comment


No trackbacks yet.