GDI sebagai pilihan ‘domain & hosting’ anda
21 10 2009Apabila disebut perniagaan internet, elemen penting yang berkait rapat adalah ‘domain dan hosting’. Apa itu domain dan hosting?
Secara mudahnya, domain atau dalam bahasa inggerisnya “Domain Name” adalah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses (melawat) sesebuah laman web seperti yahoo.com, google.com, rakanblogger.com dan sebagainya. Domain juga boleh diibaratkan seperti alamat sebuah rumah di mana alamat tersebut hanya khas untuk rumah tersebut sahaja.
Hosting pula ialah ruang yang ‘disewa’ di sesebuah server untuk menempatkan fail laman web agar ianya boleh diakses (dilayari) oleh pelawat yang mengunjungi sesebuah laman web melalui nama domain tadi. Jadi, jika anda ingin memiliki sebuah laman web sendiri untuk tujuan perniagaan internet anda, memang anda tidak dapat lari dari memiliki domain dan hosting.
Ok, bagaimana dan dimana nak dapatkan domain dan hosting?
Terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan domain dan hosting ini samada di Malaysia mahupun luar negara. Di Malaysia, antara yang popular adalah NetKL.com, Namsahaz.com dan PlanHoster.com manakala di luar negara pula adalah GoDaddy.com dan HostGator.com yang masing-masing menawarkan pakej yang berbeza dengan tawaran harga yang menarik.
Global Domain International (GDI)
Antara banyak-banyak syarikat penyedia perkhidmatan nama domain dan hosting ini, saya tertarik untuk memperkenalkan kepada anda sebuah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi dalam perkhidmatan domain dan hosting ini iaitu ‘Global Domain International’ (GDI).
GDI sedikit berbeza dalam perkhidmatan ini kerana selain anda dapat memiliki domain dan hosting dalam satu pakej, ianya juga menawarkan peluang buat duit melalui program affiliate yang berkonsepkan MLM internet untuk anda sebagai pelanggannya.
Dengan harga serendah USD10 sebulan, anda berpeluang untuk meraih pendapatan sampingan sehingga ribuan USD sebulan seperti yang dinikmati oleh usahawan internet tempatan yang begitu berjaya iaitu saudara Zamri Nanyan melalui “Sistem Pemasaran AutoViral” yang dicipta oleh beliau yang terbukti dapat membantu anda menjana pendapatan lumayan melalui GDI.
Sebenarnya, beberapa hari lalu saya telahpun mendapatkan perkhidmatan domain dan hosting daripada GDI dan seterusnya menyertai saudara Zamri Nanyan untuk mempromosikan GDI sebagai satu pilihan terbaik untuk keperluan domain dan hosting anda dan seterusnya menjana pendapatan lumayan melalui internet menggunakan teknik “sistem Pemasaran AutoViral”.
Untuk mengetahui teknik penjanaan wang melalui GDI yang disarankan oleh Zamri Nanyan, anda boleh download video percuma yang disediakan oleh beliau melalui laman web di bawah :
Related posts:


















produk terhangat masa kini tu kan? huhuhu kengkadang aku nengok market kita ni di ikut iklim gak ye