Siapa Kata “Newbie” Tidak Hebat?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di dalam perniagaan internet, perkataan "newbie" seringkali disebutkan. Apa sebenarnya makna "newbie" ini? Pada pemahaman saya, "newbie" adalah seorang yang baru menceburi sesuatu bidang, contohnya bidang perniagaan internet, dan masih di dalam proses pembelajaran di dalam sesuatu bidang.
Bagi saya samada anda "newbie" atau tidak itu tidak penting, yang penting adalah semangat dan kesungguhan anda di dalam sesuatu bidang yang anda ceburi, mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya, bermotivasi, rajin dan memiliki segala aspek yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dan mencapai matlamatnya.
Tidak semestinya seorang "otai" (orang lama dan berpengalaman) begitu hebat apabila berjaya menghasilkan jualan sehingga ribuan RM sebulan. Anda juga hebat! Setiap orang, pasti ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri.
"Kita semua adalah sama, cuma pencapaian sahaja yang mungkin berbeza...."
Mungkin anda semua, pelawat blog ini yang saya kasihi
, boleh menilai samada seseorang "newbie" itu hebat atau tidak hebat apabila mendapatkan produk mereka dan menilai sendiri sejauh mana kehebatan mereka.
Nah...! Kini anda berpeluang untuk menilai dan merasai kehangatan produk dari 16 orang "newbie" secara PERCUMA. Download produk mereka, baca dan nilai sendiri produk keluaran mereka di laman web "Rahsia Gempak Newbie"

Layari GempakNewbie.com untuk mendapatkan kesemua produk tersebut dengan PERCUMA.
ShareRelated posts:




January 10th, 2010 - 12:27
Ya betul…keazaman serta kesungguhan penting utk berjaya dlm ape jua jenis perniagaan tidak kira seseorang itu otai atau pon newbie…:)