
Percuma : Panduan Autoresponder
Salam sejahtera.
Dalam perniagaan internet, anda pasti sudah biasa mendengar bahawa sistem autoresponder merupakan satu 'senjata' utama bagi kebanyakkan IM untuk menjana pendapatan lumayan di internet.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sistem autoresponder dapat membantu IM untuk menjana pendapatan lumayan hanya dengan menghantar satu email sahaja. Blassttt!!!
Teknik killer ini dinamakan 'pemasaran email'.
Tetapi, apakah sebenarnya sistem autoresponder?
Saya pasti, ramai pembaca blog ini (mungkin termasuk anda) yang masih kurang jelas apakah itu sebenarnya sistem autoresponder, bagaimana untuk mendapatkan sistem autoresponder dan sistem autoresponder yang mana satukah yang terbaik untuk dimiliki.
Bukan begitu?
Saya tidak akan mengulas panjang berkenaan sistem autoresponder ini sekarang kerana rakan saya saudara Rahman Basri baru sahaja mengeluarkan satu panduan khusus berkaitan sistem autoresponder ini. Anda boleh download ebook Panduan Autoresponder ini dengan percuma dan baca
.

Apa yang menarik, panduan ini ditulis oleh beliau berdasarkan pengalaman beliau sendiri sepanjang melanggan sistem autoresponder seperti Aweber, Getresponse dan Norabots. Disamping itu juga ada beberapa tips yang saya fikir amat bermanfaat untuk kita semua.
Antara yang bakal dikupas adalah :
- pengenalan kepada sistem autoresponder
- perbezaan Aweber, getresponse dan Norabots
- bagaimana melanggan autoresponder
- bagaimana mengekalkan subscriber asal jika beralih autoresponder
- dan banyak lagi...
OK. Anda boleh download ebook ini dengan percuma sahaja melalui link di bawah :
http://rakanblogger.com/panduanemel
Download sekarang sementara ianya masih percuma.
p/s : Saya telah bertukar kepada sistem autoresponder berbayar Norabots. Kenapa? Anda akan tahu jawapannya dalam ebook di atas
Perkongsian Kisah Internet Marketer
Salam sejahtera pembaca yang dihormati.
Agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Takpelah, saya agak sibuk dengan pelbagai urusan online dah offline (alasan biasa
).
Saya ada sedikit perkongsian kisah internet marketer untuk renungan kita bersama.
Internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin telah mencipta dan mengasaskan laman web Google ketika mereka masih lagi menuntut di Stanford University pada tahun 1998. Nilai laman web dan perniagaan internet mereka pada tahun 2004 telah mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakannya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes pelajar sains komputer University Harvard, telah membina laman web sosial Facebook pada tahun 2005. Bila laman web Facebook "meletop" pada Mac 2006, seseorang telah menawarkan USD750 juta untuk membeli Facebook, tetapi tidak dijual, lalu Yahoo! pada September 2006 telah menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tidak dijual.
Pada September 2007, Microsoft pula ingin membeli Facebook dengan tawaran USD500 juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tidak dijual.
Pada November 2007, seorang pelabur Hong Kong telah melabur sebanyak USD80 billion di Facebook. Baru-baru ini, Facebook telah bekerjasama dengan pencipta Gmail dan bekas jurutera Google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai laman web Facebook.
Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.
Di Malaysia, ramai juga internet marketer yang boleh dikatakan agak berjaya, tetapi sebahagian mereka tidak berapa dikenali. Mereka ini telah mencapai objektif, telah mencapai apa yang mereka mahukan iaitu hanya duduk di rumah, tidak perlu pergi kerja "9 to 5", duit masuk setiap hari, semakin hari semakin besar pendapatan mereka, dan mereka ini buat dengan cara yang betul dan sah tanpa melanggar undang-undang. Mereka ini juga tidak terlibat dalam skim cepat kaya.
Cara untuk menjadi internet marketer sebenar adalah mudah tetapi tidak senang
. Tidak memerlukan modal yang besar. Jika anda mahu berniaga burger pun sebenarnya memerlukan modal dalam lingkungan RM1000 - RM2000, tetapi modal untuk menjalankan perniagaan internet secara puratanya hanya dalam lingkungan tak sampai RM500. Yang lebih penting, anda sanggup meluangkan masa dan ada kesungguhan untuk belajar.
p/s - jika anda ada akaun Facebook, boleh add saya sebagai kawan di http://facebook.com/mohdramli
Share



