Bekerja dari rumah bersama Zamri Nanyan - Klik sini ! ?

Twitter Buttons

20 04 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah begitu banyak diperkatakan tentang Twitter. Twitter merupakan ‘micro blogging’ yang begitu mendapat sambutan di seluruh dunia. Jika anda perasan, page rank Twitter adalah 9/10. Ini bermakna, Twitter memang begitu penting kepada pengguna internet samada untuk tujuan sosial ataupun perniagaan.

Hari ini saya nak cerita tentang bagaimana untuk meletakkan ‘twitter button’ di blog ataupun laman web anda bagi tujuan mempromosikan profile Twitter anda dan mendapatkan lebih banyak follower.

Untuk mendapatkan ‘twitter buttons’, anda boleh gunakan laman web TwitterButtons.com Hanya isikan ‘ID’ Twitter anda dan kemudian klik ‘go’. Selepas itu, anda ‘copy paste’ kod yang diberikan di blog atau laman web anda. Terdapat pelbagai variasi button yang anda boleh pilih.

Jika ada pelawat anda yang klik pada button tersebut, serta merta mereka akan dibawa ke profile Twitter anda dan membaca ‘tweet’ anda.

Camne best tak? :) Kalau anda tiada akaun Twitter, anda boleh daftar percuma di http://twitter.com

Anda nak buat duit dengan Twitter? Dapatkan panduan TwitterForCash dari AmmarZahar

Share This Post


Sudah ‘dijual’

3 04 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ooopss. Bukan saya yang ’sudah dijual’ yer! Tapi profile Twitter saya yang baru dibeli selama sebulan oleh pengiklan melalui Twittad.

twittad

Jika anda masih ingat review saya berkenaan Twittad, kelmarin profile Twitter saya sudah dibeli oleh syarikat Tellycars Televisyen Action Vehicles & Props yang berpengkalan di UK. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan supply pelbagai kenderaan dan peralatan untuk produksi filem, TV, iklan dan sebagainya.

Profile Twitter saya telah dibeli oleh syarikat ini untuk meletakkan iklan mereka di background profile Twitter saya selama sebulan. Jadi, sesiapa yang melihat profile Twitter saya akan nampaklah iklan tu. Bagus juga strategi pengiklanan mereka yer. Saya pula dapat apa? Saya dapat duit ler… :)

Jika anda mahu mengeksploitasi akaun Twitter anda, join Twittad sekarang

p/s - jika anda mahukan grafik menarik untuk profile Twitter anda, dapatkan Twitter Mania

Share This Post


Cantikkan profile Twitter anda

20 03 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda sudah mempunyai akaun Twitter ? Jika belum, anda boleh daftar percuma di sini

Jangan pandang rendah pada si ‘burung kecil’ Twitter, kerana Twitter adalah satu aplikasi yang amat berkuasa. Jika anda sudah biasa dengan perniagaan internet, saya pasti anda akan mengakui kehebatan Twitter dalam pemasaran internet.

Twitter berfungsi sebagai alat untuk memberitahu kepada rakan-rakan apa yang sedang kita buat dan sebagainya. Anda boleh baca ulasan saya mengenai Twitter di sini

Jutawan internet tempatan, Irfak Khairi menggunakan Twitter untuk memberitahu apa yang beliau sedang lakukan. Jutawan internet antarabangsa seperti Joel Comm dan Mike Filsaime juga mempunyai akaun Twitter masing-masing. Barrack Obama juga menggunakan Twitter semasa kempen pilihanraya Presiden US yang lalu.

Bagi mencantikkan profile Twitter anda, saya menggalakkan anda mendapatkan 42 template grafik untuk diletakkan sebagai background Twitter anda supaya nampak lebih elegan dan professional agar dapat menarik perhatian orang untuk follow Twitter anda.

Anda boleh mendapatkan template grafik yang cantik dan menawan ini melalui produk Twitter-Mania keluaran Mazlie Nadzri.

twittermania

Untuk mendapatkan produk Twitter-Mania ini, sila klik di sini

Saya syorkan anda mendapatkan produk ini kerana bukan sahaja anda mendapat 42 template grafik yang anda boleh gunakan sendiri, tetapi anda juga boleh menjual kembali produk ini dan simpan keuntungan 100% dari hasil jualan.

Jika anda belum ada produk untuk dijual, ini adalah peluang hebat untuk anda bagi memulakan perniagaan internet anda sendiri. Anda tidak perlu ‘garu kepala’ untuk mencipta produk sendiri, kerana sebaik sahaja anda mendapatkan produk ini, anda boleh menjualnya kembali untuk mendapat keuntungan.

Ramai yang mengadu kepada saya mereka tiada produk untuk dijual. Jika anda masih tercari-cari produk untuk dijual, bukankah ini satu peluang yang anda nanti-nantikan ?

Tepuk dada, tanya selera :)

p/s - Anda boleh lihat profile Twitter saya di http://twitter.com/rakanblogger

Share This Post


Cari duit dengan Twittad

15 11 2008

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Anda masih ingat lagi post saya yang lepas berkenaan Twitter? Jika anda telah mempunyai akaun Twitter, sekarang adalah masanya untuk anda ‘mengeksploitasi’ akaun Twitter anda dan cari duit dengannya. Betul ke boleh cari duit dengan Twitter nih?

Jika anda telah mempunyai Twitter profile, satu aplikasi penting yang tidak harus anda lupakan adalah “Twittad”. Twittad adalah ‘adik’ kepada Twitter dan kedua-dua aplikasi ini adalah berkaitan. Kira macam adik-beradik juga laaa ;)

Melalui Twittad, anda boleh menjual ‘background’ profile Twitter anda kepada advertiser yang berminat untuk mereka meletakkan iklan mereka di ‘background’ akaun Twitter anda mengikut jangkamasa dan harga (dalam USD) yang ditentukan oleh anda sendiri.

Untuk menjual profile Twitter anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah :

  1. Post profile Twitter anda ke senarai jualan
  2. Pilih jangkamasa dan harga yang anda mahu
  3. Tunggu jika anda advertiser yang mahu membeli profile Twitter anda
  4. Jika profile anda telah dibeli, advertiser akan ‘proposed’ iklan yang akan diletakkan di profile Twitter anda. Anda punyai pilihan untuk terima atau menolak ‘proposal’ tersebut
  5. Jika anda terima, upload design iklan tersebut ke ruangan design akaun Twitter anda
  6. Beritahu Twittad setelah anda melakukan perkara (5) di atas

Setelah tamat tempoh iklan yang telah ditetapkan oleh anda, advertiser akan melakukan pembayaran kepada anda melalui akaun Twittad anda, dan apabila akaun Twittad anda mencapai $20, anda boleh mengeluarkan wang tersebut ke akaun PayPal anda.

Saya juga telah mula menjual profile Twitter saya di Twittad dan sekarang hanya menunggu jika ada advertiser yang berminat untuk membeli profile Twitter saya. Harap-harap la ada advertiser yang beli yer ;)

Jika anda nak cari duit lebih dengan Twitter, sekarang adalah masanya untuk anda join Twittad dan mula menjual profile Twitter anda. Klik banner di bawah untuk join Twittad sekarang…

Share This Post


Percuma : Twitter Automation Report

10 10 2008

Apa khabar semua?

Laman web social networking seperti MySpace, Friendster, Hi5 dan lain-lain memang mendapat sambutan dari pengguna internet seluruh dunia sebagai salah satu cara untuk mencari kenalan dan bersosial.

Lagi satu social networking tool yang begitu popular ialah Twitter tetapi saya yakin masih belum begitu popular di kalangan rakyat Malaysia, tapi amat popular di kalangan pengguna internet luar negara.

Saya tidak perlu menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Twitter dan fungsinya kerana anda boleh baca mengenainya di Twitter.com

Report Percuma

Report ini ringkas sahaja dan hanya 4 mukasurat yang padat dengan informasi berguna bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan Twitter sebagai tools untuk bersosial dan marketing.

Dalam report ini dijelaskan secara ringkas tentang tools untuk aplikasi Twitter seperti berikut :

1) Bagaimana anda boleh ucap terima kasih direct ke email orang yang follow kita secara automatik.

2) Secara automatik juga, kita boleh follow balik orang yang follow kita, tak perlu buat secara manual.

3) Boleh broadcast kepada semua follower kita, cuma perlu set tarikh sahaja.

Dan yang paling menarik, semua tools ini adalah percuma sahaja dan untuk tahu URL tool ini, anda cuma perlu download report ini. Tiada udang sebalik batu tau ! :)

Klik di sini untuk download

Jika anda mahu dapatkan update dari saya in real time, sila follow saya di Twitter dan saya akan follow anda secara automatik :)

Klik di sini utuk follow saya : http://www.twitter.com/rakanblogger

ps - Tawaran duit raya masih terbuka, rugi jika anda tak dapatkannya. Klik sini

Share This Post