Blog RakanBlogger Dot Com




24Sep/081

Wordpress Plugin : TweetMyBlog



Banyak pula blogger yang follow saya di Twitter. Anda masih ingat lagi tentang post saya berkaitan Twitter? Sesiapa yang menggunakan Tweeter pasti mendapati ianya amat berguna. Tak percaya, "try-test-tengok".

Jika anda selalu menggunakan Twitter, plugin TweetMyBlog adalah sangat sesuai untuk anda.

Kegunaan plugin TweetMyBlog ialah :

1. Akan pos tweet anda setiap kali anda mengupdate blog bersama link back ke post tersebut. Ini salah satu cara menarik trafik ke blog anda.

2. Post twitter terkini anda akan dipaparkan di sidebar blog anda.

3. Anda boleh gunakan plugin ini untuk mempromosikan product, link affiliate dan sebagainya.

Untuk dapatkan plugin ini secara percuma :

1. Klik pada butang 'instant free access' di website tersebut

2. Isi borang pendaftaran dan hantar. Anda boleh skip offer-offer yang ditawarkan dengan klik link di bawah setiap page.

3. Anda akan menerima email dan ikut sahaja langkah yang diberikan.

4. Login ke laman ahli dan download plugin tersebut. Video cara penggunaan plugin juga disertakan.

Klik di sini untuk mendownload plugin TweetMyBlog dengan percuma. Pastikan anda telah mempunyai akaun di Twitter sebelum menggunakan plugin ini.

Anda boleh daftar Twitter di sini : http://www.twitter.com

Jangan lupa untuk follow saya di Twitter setelah anda mendaftar dengan menekan butang 'follow' di tweet saya di http://twitter.com/rakanblogger

Share
Filed under: Aplikasi, Blog, Percuma 1 Comment
3Sep/080

“Stay In Touch” Cara “Twitter”

Saya baru saja menyertai Twitter. Twitter adalah satu jenis aplikasi yang membolehkan anda kekal berhubungan dengan contact anda. Twitter akan mengubah cara anda untuk 'stay in touch' dengan kawan-kawan, keluarga mahupun sesiapa sahaja. Apa saja yang anda tuliskan atau update mengenai diri anda, atau apa yang sedang anda lakukan, secara automatik contact atau followers anda akan tahu mengenainya. Twitter ni lebih kurang macam RSS juga le, tapi dalam bentuk yang lebih menarik.

The New York Times mengatakan bahawa Twitter adalah "one of the fastest-growing phenomena on the internet". Majalah TIME pula mengatakan "Twitter is on its way to becoming the next killer app". Semoga rakyat Malaysia dapat menggunakan perkhidmatan Twitter untuk kekal berhubungan dan bernetworking.

Jom follow saya dalam Twitter !

Share
Filed under: Aplikasi No Comments