Blog RakanBlogger Dot Com




13May/103

Sekitar Seminar “Internet To Income” Patric Chan

Salam sejahtera.

Pada hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar "Internet To Income" Patric Chan selama 2 hari di Kuala Lumpur. Siapa tak kenal Patric Chan? Beliau adalah internet marketer bertaraf jutawan yang berasal dari Penang.

Seminar ini diberikan secara percuma oleh beliau sebagai bonus ekslusif dari beliau untuk pembeli buku fizikal bestseller tulisan beliau iaitu "72 Amazing Ways To Internet Profits".

Ini adalah kali pertama saya menghadiri seminar internet marketing sebegini dan rasa agak teruja juga apabila dapat menemui Patric Chan secara live, sebab sebelum ini beliau saya kenali hanya secara online.

Seminar yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang selama 2 hari ini dihadiri lebih dari 200 peserta dari seluruh negara dan juga negara jiran Singapura.

Memang amat berbaloi dapat menghadiri seminar ini kerana Patric menerangkan dengan panjang lebar berkaitan perkara asas perniagaan internet, affiliate, teknik internet marketing dan pelbagai lagi. Bagi saya, ilmu yang beliau kongsikan dengan para peserta seminar memang amat bernilai. Banyak juga perkara baru berkaitan teknik marketing dapat saya pelajari.

Selain dari Patric Chan sebagai speaker, beliau juga menjemput 2 orang speaker jemputan yang juga merupakan rakan baik beliau iaitu Jo Han Mok dan Fabian Lim yang didatangkan khas dari Singapura untuk berkongsi ilmu internet dengan para peserta.

Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di Seminar itu. Kita layan je lah gambar-gambar ni yer..

Saya dan Patric Chan

Anda boleh lawat laman web rasmi Patric Chan di http://patricchan.com/website

PS. Jika anda tidak berkesempatan untuk menghadiri Seminar anjuran Patric, anda boleh tonton video salah satu seminar Patric secara percuma. Mungkin anda boleh pelajari sesuatu. Klik sini

Share
13Jun/093

Pelancaran Program Affiliate PanduanWebAdvance.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ada yang bertanya, apa itu program affiliate ? Ianya adalah satu program di mana anda bertindak menjadi agen pemasaran sesuatu produk samada produk fizikal mahupun produk digital melalui link affiliate anda, dan anda akan dibayar komisyen tertentu apabila berlaku jualan melalui link affiliate anda tadi.

Program affiliate juga merupakan 'jalan pintas' untuk anda yang tidak mempunyai produk sendiri untuk meraih keuntungan dengan mempromosikan produk orang lain. Anda hanya perlu mempromosikan produk affiliate dengan bantuan beberapa tools yang disediakan, dan nikmati komisyen hasil jualan terus ke akaun bank anda pada setiap bulan :) .

Saya baru saja selesai memasang skrip affiliate di salah satu laman web jualan produk edaran saya iaitu Pakej Ebook PanduanWeb Advance Edition . Produk ini adalah salah satu produk terbaik edaran saya dan telah mencatatkan banyak jualan kepada saya.

Anda boleh lihat laman web jualan produk tersebut di bawah :

http://www.panduanwebadvance.com

Saya dengan ini melancarkan program affiliate untuk produk tersebut dan secara rasmi menjemput anda untuk menjadi agen affiliate dan saya akan membayar komisyen RM20 (50%) kepada anda untuk setiap jualan yang berlaku dari link affiliate anda. Lumayan juga kan? :)

Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate dengan percuma melalui link di bawah :

http://www.panduanwebadvance.com/member

Saya telah sediakan banner yang amat 'memukau' yang telah disertakan dengan link affiliate anda untuk membantu anda membuat jualan. Anda boleh gunakan banner tersebut untuk diletakkan di blog anda, di bahagian signature forum, email, laman sosial seperti Facebook atau di mana sahaja yang anda fikirkan perlu.

Ini adalah peluang anda untuk buat duit dan praktikkan skil affiliate anda.

ps. Jika anda berjaya melakukan 10 jualan sebulan, senang-senang je anda dapat duit poket RM200 :)

Share
3Mar/094

Jom download percuma!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan anda, satu acara 'giveaway' yang pertama seumpamanya di Malaysia telahpun berlangsung bermula 1 Mac 2009 dan akan ditutup pada 10 Mac 2009.

Apakah acara 'giveaway' ini? Ianya adalah satu program di mana para usahawan internet tempatan akan bersatu berganding bahu menyumbangkan pelbagai produk percuma berupa ebook, software dan pelbagai lagi untuk di muat-turun secara percuma tanpa had bagi membina 'senarai email' mereka dan juga memperbesarkannya lagi.

Jika anda seorang usahawan internet yang serius, pembinaan senarai email (list) anda sendiri adalah amat penting. "The money is in the list" ! ;) Dengan list, anda boleh menghubungi prospek anda pada bila-bila masa yang anda mahukan hanya dengan satu klik.

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang acara 'giveaway' ini, kerana anda boleh baca di laman web program tersebut, sila klik di bawah :

http://www.semarakazambaru.com

Inilah peluang anda untuk memuat-turun pelbagai produk percuma tanpa had. Dan kepada anda, usahawan internet yang mahu membina atau membesarkan lagi senarai email anda, ini adalah tempatnya.

Ooppss... Untuk anda yang masih belum memiliki Autoresponder bagi tujuan membina senarai email anda sendiri, anda boleh dapatkan autoresponder sehebat Getresponse dan Aweber di sini.

Jika anda enjoy membaca di blog ini, anda digalakkan
subscribe melalui email

Share
24Feb/096

Phising : Pencuri silap orang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti anda semua sedia maklum, cubaan untuk menipu dan mencuri wang dalam akaun bank melalui internet atau juga dipanggil phising agak berleluasa kebelakangan ini. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ramai juga yang telah menjadi mangsa penipuan ini dan kerugian hingga beribu ringgit walaupun telah diberi amaran akan kegiatan ini oleh pihak bank.

Modus operandi aktiviti phising oleh pencuri online ini agak sama, iaitu menghantar email spam yang meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan online mangsa seperti username, password dan no. TAC dengan memberikan pelbagai alasan seperti kononnya server perbankan online menghadapi masalah dan sebagainya. Dalam email tersebut juga meminta mangsa untuk klik capaian (link) palsu kononnya untuk mengemaskini serta mengesahkan maklumat perbankan online mangsa yang akan membawa mereka ke satu laman web yang sekali pandang memang mirip atau sama seperti laman web perbankan online sebenar maybank2u dan cimbclicks.

Saya sebenarnya sudah banyak kali menerima email sebegini. Pada hari ini, sekali lagi saya telah menerima satu email daripada pihak yang mendakwa sebagai "Maybank" yang meminta saya untuk mengesahkan (verify) maklumat perbankan online Maybank saya dan memberikan username, password dan no. TAC :)

Saya tersenyum sendirian dan sedikit marah apabila membaca email ini kerana saya tahu ianya adalah satu penipuan dan cubaan untuk mencuri wang dalam akaun bank saya (pencuri macam tahu-tahu je dalam akaun bank saya ada juta-juta ;) ).

email

Saya berkata demikian kerana pihak bank tidak akan sekali-kali meminta pelanggannya untuk mendedahkan maklumat akaun mereka samada melalui email, sms, surat, panggilan telefon dan sebagainya. Nampaknya si pencuri sudah silap orang! Saya mengesyaki email tersebut adalah email palsu berdasarkan alamat email yang menggunakan domain bukan milik pihak Maybank.

Berikutan itu, saya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan email ini. Saya juga telah membuat aduan rasmi kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri melalui laman web rasminya.

Pihak SKMM juga telah meminta saya memajukan (forward) email asal kepadanya agar siasatan dapat dijalankan bagi mengesan pencuri online ini. Mereka juga telah mengesahkan email tersebut adalah email penipuan dan satu cubaan untuk mencuri wang dalam akaun bank saya.

Dalam perbualan telefon saya dengan pegawai SKMM, pihaknya juga memaklumkan bahawa aduan saya itu akan disiasat dan akan diserahkan kepada pihak Polis untuk diambil tindakan sewajarnya.

Jika anda juga pernah menerima email penipuan sebegini, anda boleh membuat aduan terus kepada pihak berwajib iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia samada melalui email atau telefon seperti butiran di bawah :

No. Hotline : 1-800-888-030

Email : aduanskmm@cmc.gov.my

Laman Web : http://www.skmm.gov.my

Zaman sekarang ni, senang je orang nak curi duit dari akaun kita kan. Boleh curi secara online jer. Tak perlu nak susah-payah pecah rumah. Jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga, mungkin kita juga akan menjadi mangsa penipuan zaman cyber ini. Saya merasakan kegiatan phising ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan tindakan membuat aduan kepada pihak berwajib adalah langkah perlu untuk membendung aktiviti tidak bermoral ini.

Jika anda rasakan maklumat ini bermanfaat kepada anda, diharapkan anda dapat kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja.

Klik saja button "share this post" di bawah artikel ini untuk beritahu kawan anda.

Share
Filed under: Berita, Pengumuman 6 Comments
23Jan/096

Jualan amal untuk Palestin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Isu Palestin dan negara haram Israel memang tak pernah habis dari dulu sehingga sekarang. Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih budak-budak, bila melihat siaran Berita di kaca TV, pasti ada 'berita berdarah' tentang Palestin dan negara haram Israel. Tak habis-habis rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh dan ditindas oleh rejim Zionis yang memang tidak berperikemanusiaan.

Terus terang saya katakan "saya memang anti Israel" dan memang benar seperti kata Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad "Israel patut dihapuskan dari peta dunia".

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang isu Palestin sebab saya merasakan, saya bukan seorang yang layak untuk mengupas topik tersebut dengan panjang lebar dan anda boleh mendapatkan fakta-fakta tentang isu Palestin melalui sumber yang boleh dipercayai melalui internet dan media massa tempatan.

Berbalik kepada tajuk artikel di atas, saya amat terharu dan gembira dengan keperihatinan rakyat Malaysia yang memang dikenali dengan sifat pemurah yang sudi menghulurkan derma berupa wang ringgit kepada Tabung Kemanusiaan Palestin seperti yang dilancarkan oleh NSTP melalui "NSTP Fund for Gaza". Semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Saya juga berasa amat gembira apabila seorang usahawan internet Malaysia yang begitu popular iaitu saudara Zamri Nanyan telah mengambil keputusan untuk melancarkan kempen "Membeli Sambil Menderma" kelolaan beliau sendiri di mana RM20 dari RM50 harga jualan produk beliau akan disalurkan ke "NSTP Fund for Gaza".

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen kelolaan saudara Zamri Nanyan tersebut dengan klik pada link di bawah :

>> http://jualan-amal.com/palestin

Saya yakin bukan semua orang mampu atau ingin membeli produk yang ditawarkan oleh saudara Zamri Nanyan tersebut dan beliau amat arif tentang perkara itu. Tetapi saya melihat ianya sebagai satu usaha murni seorang usahawan internet tempatan yang mengambil inisiatif tersendiri bagi membantu rakyat Palestin dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Semoga usaha murni ini dapat dicontohi oleh usahawan internet yang lain.

Sebarang komen amat dialu-alukan. Sila beri komen anda di ruangan komen.

Share