Bekerja dari rumah bersama Zamri Nanyan - Klik sini ! ?

Jom tukar link!

14 12 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini ‘mood’ saya agak baik sebab baru dapat $$ dari satu program affiliate yang saya sertai :). Walaupun tak banyak mana, tapi cukuplah untuk bayar bil elektrik rumah saya untuk bulan depan..hohoho!

Ok lah, jika ada yang masih tidak tahu, bertukar-tukar link (link exchange) dapat menaikkan PR (page rank) blog anda. Disamping itu, ianya juga dapat memberikan blog anda ‘promosi percuma’ dan menambahkan lagi trafik ke blog anda. Disebabkan ‘mood’ saya baik hari ini, saya menawarkan link exchange kepada anda yang berminat.

Jika anda ada blog, saya akan letakkan link blog anda di Blogroll blog saya, dengan syarat anda juga meletakkan link blog saya di bahagian Blogroll di blog anda. Jangan letak di tempat lain, jika anda letak link blog saya di tempat lain, minta maaf saya tak dapat nak buat link exchange dengan anda.

Walaupun blog saya hanya PR 2 sahaja, tapi manalah tahu kan, jika ada pelawat blog saya yang melawat ke blog anda selepas melihat link blog anda di blog saya.

Untuk link ke blog saya, anda boleh gunakan nama RakanBlogger. Untuk buat link exchange, anda komen saja di post ini. Selepas saya lihat link blog saya ada di Blogroll blog anda, saya akan buat perkara yang sama. Senang saja kan?

Ok lah, jumpa lagi.

Share This Post


Pandangan anda dihargai di YouthSays.com

6 12 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Portal komuniti dan networking seperti MySpace, Friendster, Facebook dan banyak lagi memang menjadi tumpuan pengguna-pengguna internet seluruh dunia untuk mencari kenalan dan bersosial. Kini, telah muncul pula portal komuniti ‘buatan Malaysia’ dan dikhaskan buat rakyat Malaysia iaitu YouthSays.com

Portal komuniti ini diwujudkan sebagai satu pusat bagi rakyat Malaysia khususnya golongan belia untuk menyuarakan sebarang pandangan dan pendapat bernas samada berkaitan sosiopolitik negara, isu semasa, gejala sosial dan apa sahaja yang berkaitan.

Apa yang menarik tentang portal komuniti ini adalah, anda akan dibayar untuk menjawab soalan-soalan survey yang mudah, menjemput kawan baru dan beberapa aktiviti lain yang amat menarik.

Terdapat beberapa elemen di YouthSays.com yang boleh anda gunakan :

Survey

Di ruangan ini, anda boleh menjawab beberapa soalan Survey yang ringkas dan mudah, dan anda akan dibayar untuk menjawab soalan survey tersebut.

Group Discussion

Anda boleh mainkan peranan anda untuk menyertai ‘group discussion’ untuk topik-topik yang menarik di ruangan ini. Suarakan sahaja pandangan anda!

Broadcast Network

Ruangan ini amat menarik sekali. Post atau artikel dari blog anda akan dipaparkan di ruangan ini dan akan dibaca oleh ahli-ahli YouthSays.com yang lain berdasarkan ‘keyword’ yang berkaitan. Sudah tentunya ini akan menambahkan lagi trafik ke blog anda!

Youth Answers

Anda boleh mengajukan sebarang soalan untuk dijawab oleh ahli-ahli YouthSays.com yang lain di ruangan ini. Jika anda tiada soalan, anda pula boleh mainkan peranan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh ahli yang lain berdasarkan beberapa topik menarik. Ruangan ini juga amat menarik bagi saya kerana, ruangan ini saya boleh gunakan untuk mendapat pandangan dan respon ahli tentang sesuatu perkara yang berkaitan dan respon serta maklumat yang diterima boleh dijadikan sebagai panduan.

You Think

Di ruangan ini, anda boleh mengundi samada ’setuju’ atau ‘tidak setuju’ akan sesuatu pandangan dan pendapat. Anda juga boleh menyuarakan pendapat anda serta sama-sama berbincang beberapa ‘topik hangat’ di ruangan ini. Pastinya ini sesuatu yang amat menarik dan dapat menceriakan hari anda!

My Money

Segala bayaran yang anda terima dari pihak YouthSays.com untuk aktiviti yang anda lakukan samada menjawab soalan survey, menjemput kawan baru untuk menyertai komuniti ini dan lain-lain akan ditunjukkan di ruangan ini. Anda akan dibayar melalui cek jika wang terkumpul anda telah mencapai RM50. Ada beberapa cara untuk menambahkan duit anda di YouthSays.com iaitu; jemput kawan untuk menyertai YouthSays.com, letakkan ‘YouthSays Broadcast Badge’ di Blog anda dan jawab lebih banyak soalan survey.

Komuniti YouthSays.com ini sememangnya satu portal yang amat menarik kerana ianya dikhaskan untuk rakyat Malaysia khususnya golongan belia yang ’sarat’ dengan idea-idea bernas. Malah, kita dibayar untuk menyuarakan pandangan dan pendapat serta aktiviti lain berbanding Friendster, MySpace dan lain-lain yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Sehingga kini, dianggarkan lebih 52,653 belia Malaysia telah menyertai komuniti ini secara aktif dan telah mendapat bayaran secara keseluruhan RM 72,305.00.

Sama-samalah kita menyokong portal ‘buatan Malaysia’ ini. Jom ramai-ramai meriahkan YouthSays.com!

>> Klik di sini

Share This Post


Percuma : Twitter Automation Report

10 10 2008

Apa khabar semua?

Laman web social networking seperti MySpace, Friendster, Hi5 dan lain-lain memang mendapat sambutan dari pengguna internet seluruh dunia sebagai salah satu cara untuk mencari kenalan dan bersosial.

Lagi satu social networking tool yang begitu popular ialah Twitter tetapi saya yakin masih belum begitu popular di kalangan rakyat Malaysia, tapi amat popular di kalangan pengguna internet luar negara.

Saya tidak perlu menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Twitter dan fungsinya kerana anda boleh baca mengenainya di Twitter.com

Report Percuma

Report ini ringkas sahaja dan hanya 4 mukasurat yang padat dengan informasi berguna bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan Twitter sebagai tools untuk bersosial dan marketing.

Dalam report ini dijelaskan secara ringkas tentang tools untuk aplikasi Twitter seperti berikut :

1) Bagaimana anda boleh ucap terima kasih direct ke email orang yang follow kita secara automatik.

2) Secara automatik juga, kita boleh follow balik orang yang follow kita, tak perlu buat secara manual.

3) Boleh broadcast kepada semua follower kita, cuma perlu set tarikh sahaja.

Dan yang paling menarik, semua tools ini adalah percuma sahaja dan untuk tahu URL tool ini, anda cuma perlu download report ini. Tiada udang sebalik batu tau ! :)

Klik di sini untuk download

Jika anda mahu dapatkan update dari saya in real time, sila follow saya di Twitter dan saya akan follow anda secara automatik :)

Klik di sini utuk follow saya : http://www.twitter.com/rakanblogger

ps - Tawaran duit raya masih terbuka, rugi jika anda tak dapatkannya. Klik sini

Share This Post


Wordpress Plugin : TweetMyBlog

24 09 2008



Banyak pula blogger yang follow saya di Twitter. Anda masih ingat lagi tentang post saya berkaitan Twitter? Sesiapa yang menggunakan Tweeter pasti mendapati ianya amat berguna. Tak percaya, “try-test-tengok”.

Jika anda selalu menggunakan Twitter, plugin TweetMyBlog adalah sangat sesuai untuk anda.

Kegunaan plugin TweetMyBlog ialah :

1. Akan pos tweet anda setiap kali anda mengupdate blog bersama link back ke post tersebut. Ini salah satu cara menarik trafik ke blog anda.

2. Post twitter terkini anda akan dipaparkan di sidebar blog anda.

3. Anda boleh gunakan plugin ini untuk mempromosikan product, link affiliate dan sebagainya.

Untuk dapatkan plugin ini secara percuma :

1. Klik pada butang ‘instant free access‘ di website tersebut

2. Isi borang pendaftaran dan hantar. Anda boleh skip offer-offer yang ditawarkan dengan klik link di bawah setiap page.

3. Anda akan menerima email dan ikut sahaja langkah yang diberikan.

4. Login ke laman ahli dan download plugin tersebut. Video cara penggunaan plugin juga disertakan.

Klik di sini untuk mendownload plugin TweetMyBlog dengan percuma. Pastikan anda telah mempunyai akaun di Twitter sebelum menggunakan plugin ini.

Anda boleh daftar Twitter di sini : http://www.twitter.com

Jangan lupa untuk follow saya di Twitter setelah anda mendaftar dengan menekan butang ‘follow’ di tweet saya di http://twitter.com/rakanblogger

Share This Post


TPM Najib Lancar Laman Web Peribadi

17 09 2008

Makin ramai ahli politik khususnya di Malaysia telah melancarkan Blog / Laman web peribadi sendiri. Saya merasakan ini adalah satu perkembangan yang menarik dan merupakan satu peluang untuk rakyat berkomunikasi secara terus dengan pemimpin negara disamping merapatkan hubungan antara keduanya.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melancarkan laman web peribadi beliau supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai TPM. Beliau juga berharap, laman web tersebut dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas.

Malaysiakini memetik Dato’ Seri Najib sebagai barkata;

“Saya berharap laman web ini akan mencetuskan satu dialog yang terbuka dan penting, menerokai identiti Malaysia, matlamat sert hala tuju. Sebagai seorang bapa kepada dua remaja, saya juga sudah biasa dengan perdebatan hangat dan juga perselisihan pendapat.”

“Marilah teruskan hubungan seumpama sebuah keluarga yang besar ini. Mari amalkan rasa saling menghormati dan jadikan persefahaman sebagai matlamat utama dalam interaksi”

Anda boleh melayari laman web TPM di www.1malaysia.com.my

Beberapa bulan yang lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah melancarkan blognya di www.chedet.com

Blog Tun Dr. Mahathir telah mencatatkan kunjungan melebihi 500,000 dalam masa 5 hari selepas dilancarkan. Laman web TPM Najib diramalkan akan menjadi tumpuan dan menerima kunjungan yang lebih tinggi.

Walau apapun, peranan internet sebagai ’sumber maklumat’ telah membuka mata dan kesedaran para pemimpin negara akan peri pentingnya.

Share This Post