Blog RakanBlogger Dot Com




3Mar/094

Jom download percuma!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan anda, satu acara 'giveaway' yang pertama seumpamanya di Malaysia telahpun berlangsung bermula 1 Mac 2009 dan akan ditutup pada 10 Mac 2009.

Apakah acara 'giveaway' ini? Ianya adalah satu program di mana para usahawan internet tempatan akan bersatu berganding bahu menyumbangkan pelbagai produk percuma berupa ebook, software dan pelbagai lagi untuk di muat-turun secara percuma tanpa had bagi membina 'senarai email' mereka dan juga memperbesarkannya lagi.

Jika anda seorang usahawan internet yang serius, pembinaan senarai email (list) anda sendiri adalah amat penting. "The money is in the list" ! ;) Dengan list, anda boleh menghubungi prospek anda pada bila-bila masa yang anda mahukan hanya dengan satu klik.

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang acara 'giveaway' ini, kerana anda boleh baca di laman web program tersebut, sila klik di bawah :

http://www.semarakazambaru.com

Inilah peluang anda untuk memuat-turun pelbagai produk percuma tanpa had. Dan kepada anda, usahawan internet yang mahu membina atau membesarkan lagi senarai email anda, ini adalah tempatnya.

Ooppss... Untuk anda yang masih belum memiliki Autoresponder bagi tujuan membina senarai email anda sendiri, anda boleh dapatkan autoresponder sehebat Getresponse dan Aweber di sini.

Jika anda enjoy membaca di blog ini, anda digalakkan
subscribe melalui email

Share
27Jan/0911

Koleksi 70++ Ebook Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua ? Semoga anda sihat sejahtera.

Perniagaan internet merupakan salah satu sumber pendapatan tambahan saya walaupun saya hanya menjalankannya separuh masa tanpa perlu berhenti kerja. Jika anda juga amat berminat pada perniagaan internet dan berhasrat untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui internet, sememangnya menjalankan perniagaan internet adalah pilihan terbaik anda.

Namun, saya akui bukan semua orang memahami konsep serta selok-belok perniagaan internet jika mereka tiada pengetahuan asas mengenainya.

Tahukah anda, saya juga seperti mereka suatu masa dahulu...

Beberapa 'istilah' yang amat berkait rapat dengan perniagaan internet seperti Domain, Server, Webhosting, Trafik, PayPal, ClickBank, Adwords, Adsense, Autoresponder, Affiliate, Blog, Forum, Social Bookmark dan banyak lagi memang begitu asing bagi saya.

Tetapi bak kata pepatah "nak seribu daya, taknak seribu dalih". Dengan niat untuk belajar, saya mula mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan internet yang boleh didapati secara percuma dari IM (Internet Marketer) yang berpengalaman dan lebih dahulu menjalankan perniagaan internet. Saya dapatkan ebook-ebook yang diberikan percuma oleh mereka dan belajar sedikit demi sedikit. Ebook yang diedarkan oleh mereka begitu berharga bagi saya dan saya jadikan sebagai panduan dan koleksi peribadi saya.

Koleksi 70++ Ebook Perniagaan Internet

koleksi

"Koleksi 70++ Ebook Perniagaan Internet" ini adalah himpunan ebook berkaitan perniagaan internet yang saya dapatkan secara percuma dari IM tempatan samada di laman web atau blog mereka sejak setahun yang lalu. Sememangnya ebook-ebook ini mempunyai 'nilai tersendiri' dan saya simpan di hard disk komputer saya sebagai rujukan tambahan saya.

Pada hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda koleksi ebook ini agar anda juga mendapat manfaat dan ilmu daripadanya. Anda boleh dapatkan koleksi ebook ini dengan percuma. Saya ulang sekali lagi... "PERCUMA".

>> Klik di sini untuk download

Semoga koleksi ebook ini dapat membuka minda anda tentang peluang perniagaan internet dan menjadi platform untuk anda memulakan perniagaan internet anda sendiri dan berjaya dengan cemerlang.

p/s - jika anda tak kisah, ucapkanlah terima kasih kepada saya di ruangan komen :)

Share
12Dec/080

Percuma : 13 Cara Pendapatan Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha" kepada semua pengunjung blog ini yang berugama Islam. Semoga 'pengorbanan' kita dalam apa jua situasi yang kita hadapi, akan mendapat keberkatan Allah. Anda beraya di mana? Saya beraya di kampung isteri saya di Baling, Kedah.

Ramai juga yang bertanya kepada saya tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan dari internet. Bagi saya, terdapat 1001 cara untuk anda mendapatkan pendapatan dari internet. Jika anda tanya saya, salah satu punca pendapatan saya dari internet adalah melalui penjualan ebook dan menjadi affiliater untuk beberapa produk IM tempatan.

Persoalan "bagaimana untuk cari duit melalui internet" merupakan satu persoalan dan isu yang amat menarik dan seringkali dibincangkan oleh usahawan-usahawan internet di pelbagai laman web, blog dan forum.

Cuba anda buat satu carian di Google. Cuba taip "cari duit melalui internet" dan klik 'search'. Dalam sekelip mata anda akan didedahkan dengan 243,000 hasil carian yang mengandungi frasa tersebut. Mampukah anda untuk melawati dan meneliti satu persatu hasil carian tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang "cari duit melalui internet" ? Pastinya amat melecehkan...betul tak?

PanduanĀ Percuma

Blogger yang sedang meningkat naik iaitu saudara Anwar Yassin telah menerbitkan satu panduan ringkas tentang "13 Cara Pendapatan Internet" yang digarap hasil penelitian dan pengalaman beliau sendiri selama 2 tahun berkecimpung dalam perniagaan internet. Dalam panduan ini, anda akan didedahkan dengan 13 cara sebenar bagaimana usahawan internet menjana pendapatan mereka, namun ianya bukan berasaskan kepada penipuan seperti skim cepat kayap kaya, skim piramid, ponzi dan sebagainya.

Saya telah meneliti panduan ini dan merasakan ianya amat sesuai untuk newbie mahupun oldbie, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih 'blur' dan tercari-cari cara bagaimana cari duit melalui internet.

Mulakan langkah anda sekarang. Bertindak sekarang adalah lebih baik tanpa melakukan apa-apa dan membiarkan 'lubuk' duit dikerumuni oleh mereka yang lain.

Dapatkan panduan ini dengan percuma. Klik sini

Share
8Nov/080

Anda newbie? Kuasai 19 kemahiran ini

Salam bahagia,

Rakan online saya iaitu Catzer aka surfaddict ada menerbitkan sebuah ebook percuma "Manual Newbie" yang menyenaraikan 19 kemahiran "wajib tahu" jika mahu berjaya dalam perniagan internet.

Anda akan didedahkan rahsia bagaimana anda boleh menguasai kemahiran dalam pemasaran internet yang telah diguna pakai oleh 20% newbie yang telah berjaya.

Ebook ini tidak terlalu teknikal dan penerangan yang straight to the point. Ebook ini bukan sembarangan. Ada pihak yang mengenakan charge untuk maklumat seperti yang terkandung di dalam ebook ini. Walaupun merupakan perkara yang 'asas', aspek yang asas inilah penentu kejayaan anda.

Klik link di bawah untuk download.

Download

Share
18Sep/080

Duit Raya Untuk Anda (Dalam USD)

Lebih kurang lagi 2 minggu kita akan menyambut Hari Raya. Tak sabar rasanya kan? Walaupun Hari Raya belum lagi tiba, anda tetap boleh mendapatkan duit raya.

Pada sesetengah orang, mungkin mereka tidak percaya dengan program sebegini. Tetapi, secara senyap-senyap, ada IM yang telah memperolehi melebihi seribu dollar dengan hanya berikan link seperti di bawah untuk subscribers mereka.

Ya, ini merupakan program Pay-Per-Lead di mana anda akan dibayar USD$1 bagi setiap orang yang download repot yang juga diberikan percuma ini melalui link anda. Nak tahu bagaimana ianya dilakukan, sila download repot ini dahulu dan keterangan lanjut akan diberikan di laman web download repot ini.

Walaupun percuma, repot mengenai "tip trafik ke laman web" ini mendapat testimonial dan saranan daripada top internet marketer seperti Joel Comm dan Willie Crawford.

>> Klik di sini untuk download <<


ps. pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal anda

Share