Pakej Lengkap Web Jualan - Klik sini ! ?

Majalah IM Edisi 8

17 12 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majalah IM telah kembali dengan edisi terbaru yang sarat dan padat dengan maklumat berkaitan dunia IM (internet marketer). Jika anda nak tahu, saya salah seorang pembaca setia Majalah IM. Sebab apa? Sebab ianya banyak membuka minda saya berkenaan dunia IM khususnya di Malaysia. Lagi satu, err..sebab ianya FREE :)

MajalahIM8

Majalah IM edisi terbaru ini banyak memfokuskan berkaitan cabaran wanita dalam perniagaan internet. Bolehkah wanita berjaya dalam perniagaan internet yang didominasi oleh kaum lelaki ini? Ikuti juga temubual ekslusif bersama Puan Ann, seorang usahawan wanita yang begitu terkenal di dunia internet. Terdapat juga model bisnes internet yang sesuai untuk suri rumah dan wanita bekerjaya serta 5 sebab kenapa wanita patut menjadi usahawan internet.

Bercakap tentang wanita, saya juga galakkan isteri saya untuk menjalankan perniagaan internet, selain dari tugasnya menguruskan rumah dan anak-anak tersayang dan main game ‘Diner Dash 2′ :) Saya dah dapat idea bisnes yang sesuai untuk isteri saya setelah membaca Majalah IM. Maybe she’s the next IM? Just wait and see.

OK lah, anda dah tak sabar nak baca Majalah IM ni kan? Jangan risau, FREE jer.

>> klik di sini untuk download

Share This Post


MajalahIM Edisi 7

14 09 2008

Saya baru sahaja habis membaca MajalahIM Edisi 7 yang sarat dengan panduan dan rujukan untuk para penggiat perniagaan internet atau boleh juga disebut sebagai IM (Internet Marketer). Terima kasih kepada Team FlareBiz yang menerbitkan majalah ini dan paling best ianya diedarkan secara percuma. Memang tiada dijual kat mana-mana kedai mamak buku.

MajalahIM edisi terbaru ini akan fokus kepada Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet.

Cover man MajalahIM edisi kali ini menampilkan saudara Samsul Zamzuri yang comel lagi hensem tahap Gaban atau lebih dikenali sebagai “Alang” di arena online. Siapa sebenarnya saudara Alang ni? Beliau merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang amat yakin dengan perniagaan internet yang dijalankan beliau. Apa tidaknya, berasaskan kepada keyakinan itu, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji sebagai Auditor untuk menumpukan perhatian 100 % kepada perniagaan internet beliau. Ternyata percaturan Alang tidak silap.

Ini terbukti apabila beliau mampu memperolehi pendapatan mencecah 5-angka sebulan dengan perniagaan internet (bukti kena minta pada saudara Alang ;) ). Dengan latar belakang dalam bidang Ekonomi daripada UM dan tiada langsung asas komputer, siapa sangka Alang berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok IM yang disegani di Malaysia.

Ikuti interview ekslusif Krew MajalahIM bersama Alang yang akan mengupas rahsia kejayaan beliau, model bisnes yang beliau jalankan, proses evolusi yang dilaluinya serta rintangan yang dihadapinya serta cara beliau mengatasinya. Baru-baru ini juga alang mendapat durian runtuh sebanyak RM50 ribu. Dari mana dia dapat duit tu? Haaaa….suspen betul kan?

Antara kupasan topik menarik yang lain adalah;

  • Interview bersama Alang
  • Cabaran dan kekangan oleh Labanon
  • Cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Zamri Nanyan
  • Mindset yang betul untuk menarik KEKAYAAN! oleh Amar Mahmood
  • Who Says Internet Marketer Don’t Go Anywhere oleh Galadriel
  • Hujrah kejayaan oleh SmartZul

Baiklah, jangan berlengah lagi. Susah-susah Team Flarebiz menerbitkan majalah ini, rugi jika anda tak baca.

>> klik di sini untuk download <<

Share This Post