
Perkongsian Kisah Internet Marketer
Salam sejahtera pembaca yang dihormati.
Agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Takpelah, saya agak sibuk dengan pelbagai urusan online dah offline (alasan biasa
).
Saya ada sedikit perkongsian kisah internet marketer untuk renungan kita bersama.
Internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin telah mencipta dan mengasaskan laman web Google ketika mereka masih lagi menuntut di Stanford University pada tahun 1998. Nilai laman web dan perniagaan internet mereka pada tahun 2004 telah mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakannya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes pelajar sains komputer University Harvard, telah membina laman web sosial Facebook pada tahun 2005. Bila laman web Facebook "meletop" pada Mac 2006, seseorang telah menawarkan USD750 juta untuk membeli Facebook, tetapi tidak dijual, lalu Yahoo! pada September 2006 telah menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tidak dijual.
Pada September 2007, Microsoft pula ingin membeli Facebook dengan tawaran USD500 juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tidak dijual.
Pada November 2007, seorang pelabur Hong Kong telah melabur sebanyak USD80 billion di Facebook. Baru-baru ini, Facebook telah bekerjasama dengan pencipta Gmail dan bekas jurutera Google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai laman web Facebook.
Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.
Di Malaysia, ramai juga internet marketer yang boleh dikatakan agak berjaya, tetapi sebahagian mereka tidak berapa dikenali. Mereka ini telah mencapai objektif, telah mencapai apa yang mereka mahukan iaitu hanya duduk di rumah, tidak perlu pergi kerja "9 to 5", duit masuk setiap hari, semakin hari semakin besar pendapatan mereka, dan mereka ini buat dengan cara yang betul dan sah tanpa melanggar undang-undang. Mereka ini juga tidak terlibat dalam skim cepat kaya.
Cara untuk menjadi internet marketer sebenar adalah mudah tetapi tidak senang
. Tidak memerlukan modal yang besar. Jika anda mahu berniaga burger pun sebenarnya memerlukan modal dalam lingkungan RM1000 - RM2000, tetapi modal untuk menjalankan perniagaan internet secara puratanya hanya dalam lingkungan tak sampai RM500. Yang lebih penting, anda sanggup meluangkan masa dan ada kesungguhan untuk belajar.
p/s - jika anda ada akaun Facebook, boleh add saya sebagai kawan di http://facebook.com/mohdramli
SharePercuma : Mari buat duit dengan ebook

Saya baru sahaja habis membaca sebuah ebook yang amat bernilai iaitu "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan internet tanahair iaitu saudara Jamaludin Bahari atau lebih dikenali dengan nama "JaMaL" di internet.
Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam menerbitkan dan menghasilkan banyak ebook sudi berkongsi pengalaman dan kejayaannya di dalam sebuah ebook percuma tulisan dan terbitan beliau sendiri.
Apa yang anda perlu tahu mengenai penulis ebook ini :
- Beliau telah berjaya menghasilkan 5 ebook berbayar dalam tempoh masa tidak sampai setahun.
- Beliau berjaya menghasilkan jualan ebooknya lebih 5000 unit dalam tahun ini.
- Lebih RM200K telah berjaya dihasilkannya daripada jualan ebook.
Usah tunggu lagi. Semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini. Terus saja ke link download di bawah :
ShareJadilah Seperti Irfan Khairi
Ya! Itulah yang saya katakan..."jadilah seperti Irfan Khairi" kepada diri saya (dan juga kepada anda pembaca budiman). Siapa tak kenal Irfan Khairi? Angkat tangan!
Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet Malaysia, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet.
Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu. Industri ini masih baru di negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai.
Kisah Kejayaan Irfan Khairi
Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, beliau tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.
Pada mulanya beliau hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk beliau mendapatkan pelanggan! Boleh dikatakan selama setahun beliau gagal dalam perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Namun, beliau bertekad untuk terus berjaya.
Jadi beliau berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.
Selama 2 tahun beliau bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara
perlahan-perlahan beliau dapat memperbaiki perniagaan beliau. Pengalaman juga turut membantu sehingga beliau berumur 25 tahun (empat tahun lalu).
Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet beliau untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas beliau kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan
internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.
Ketika itu, beliau bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang beliau anjurkan di RahsiaInternet.com. Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan beliau juga akan terus dengan usaha beliau dalam mendidik masyarakat Malaysia tentang peluang perniagaan internet.
Terbaru, Irfan Khairi ada menerbitkan ebook beliau yang bertajuk "Mentor Jutawan" yang merupakan transkripsi penuh bersama ikon & mentor jutawan Malaysia iaitu;
- Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (mentor kepada mentor)
- Azizi Ali (jurulatih jutawan)
- Chef Li (jutawan senyap)
- Dato' Dr. Azman Ching (jutawan MLM)
- Billi Lim (jutawan berani gagal)
- Dato' Hussamuddin (pengasas Kumpulan Karangkraf)
- Abang Abu (jutawan Singapura)
- Irfan Khairi (jutawan Internet)
8 ikon jutawan di atas yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat. Startegi yang meraka gunakan adalah strategi jutawan seluruh dunia, bermula dari zero, sehingga kepada hero.
Bagi anda yang berminat memiliki ebook ini, sila klik pada cover ebook di bawah.
Share
Masuk je tahun baru, bermakna umur kita dah bertambah lagi setahun (rasa macam dah tua plak 



