Bekerja dari rumah bersama Zamri Nanyan - Klik sini ! ?

Siapa Kata “Newbie” Tidak Hebat?

16 12 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di dalam perniagaan internet, perkataan “newbie” seringkali disebutkan. Apa sebenarnya makna “newbie” ini? Pada pemahaman saya, “newbie” adalah seorang yang baru menceburi sesuatu bidang, contohnya bidang perniagaan internet, dan masih di dalam proses pembelajaran di dalam sesuatu bidang.

Bagi saya samada anda “newbie” atau tidak itu tidak penting, yang penting adalah semangat dan kesungguhan anda di dalam sesuatu bidang yang anda ceburi, mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya, bermotivasi, rajin dan memiliki segala aspek yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dan mencapai matlamatnya.

Tidak semestinya seorang “otai” (orang lama dan berpengalaman) begitu hebat apabila berjaya menghasilkan jualan sehingga ribuan RM sebulan. Anda juga hebat! Setiap orang, pasti ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri.

“Kita semua adalah sama, cuma pencapaian sahaja yang mungkin berbeza….”

Mungkin anda semua, pelawat blog ini yang saya kasihi :) , boleh menilai samada seseorang “newbie” itu hebat atau tidak hebat apabila mendapatkan produk mereka dan menilai sendiri sejauh mana kehebatan mereka.

Nah…! Kini anda berpeluang untuk menilai dan merasai kehangatan produk dari 16 orang “newbie” secara PERCUMA. Download produk mereka, baca dan nilai sendiri produk keluaran mereka di laman web “Rahsia Gempak Newbie”

Layari GempakNewbie.com untuk mendapatkan kesemua produk tersebut dengan PERCUMA.

Share This Post


Rebat tunai RM40 & Pakej PWA percuma!

23 11 2009

Saya pasti dunia IM Malaysia di landa ‘demam affiliate’ dengan pelancaran produk terbaru dari otai Zamri Nanyan iaitu Pakar Affiliate.

Apa yang menarik dengan Pakar Affiliate? Ianya adalah pengalaman sebenar Zamri Nanyan di mana beliau akan berkongsi dengan anda rahsia bagaimana beliau menjana pendapatan lumayan setiap bulan melalui program affiliate tempatan mahupun luar negara tanpa sebarang kos permulaan.

Lihat pendapatan ‘celah gigi’ beliau melalui program affiliate :

Ok. Bagi anda yang berfikir banyak kali untuk mendapatkan Pakar Affiliate, anda harus berfikir sekali lagi kerana saya ada tawaran menarik kepada anda yang mendapatkan Pakar affiliate melalui link saya.

Apa yang saya tawarkan kepada anda? Anda akan mendapat kedua-dua bonus di bawah :

BONUS #1

Rebat wang tunai RM40.

BONUS #2

Pakej PanduanWeb Advance Edition (bernilai RM40)

Bagaimana nak dapatkan kedua-dua bonus di atas? Anda boleh baca melalui link di bawah :

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/23323-bonus-pakar-affiliate-rebat-tunai-rm40-and-pakej-panduanweb-advance-edition.html

PS. Dengan pembelian Pakar Affiliate, anda juga diberikan tiket percuma untuk menghadiri seminar Zamri Nanyan dan jutawan internet Patric Chan pada Disember nanti. Jangan ketinggalan, cepat dapatkan sekarang!

Share This Post


Percuma : Mari buat duit dengan ebook

7 10 2009

Saya baru sahaja habis membaca sebuah ebook yang amat bernilai iaitu “Mari Buat Duit Dengan Ebook” hasil tulisan usahawan internet tanahair iaitu saudara Jamaludin Bahari atau lebih dikenali dengan nama “JaMaL” di internet.

Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam menerbitkan dan menghasilkan banyak ebook sudi berkongsi pengalaman dan kejayaannya di dalam sebuah ebook percuma tulisan dan terbitan beliau sendiri.

Apa yang anda perlu tahu mengenai penulis ebook ini :

  • Beliau telah berjaya menghasilkan 5 ebook berbayar dalam tempoh masa tidak sampai setahun.
  • Beliau berjaya menghasilkan jualan ebooknya lebih 5000 unit dalam tahun ini.
  • Lebih RM200K telah berjaya dihasilkannya daripada jualan ebook.

Usah tunggu lagi. Semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini. Terus saja ke link download di bawah :

www.buatebook.com

Share This Post


Kad Debit Visa Maybank untuk transaksi online

28 09 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita gembira untuk mereka yang tidak mempunya kad kredit untuk transaksi online. Kini, Kad Debit Visa Maybank telah boleh digunakan untuk transaksi online seperti membuat pembayaran secara online, verify akaun PayPal dan sebagainya.

Di sini saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh mengaktifkan Kad Debit Visa Maybank untuk transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.

1. Masuk ke akaun Maybank2u anda. Klik www.Maybank2u.com.my

2. Klik pada bahagian “Maybankard Secure Online Shopping Registration”

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik “submit”.

Anda perlu memilih “password” anda sendiri.

4. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Dengan beberapa langkah mudah di atas, anda telah boleh menggunakan Kad debit Visa Maybank anda untuk transaksi di internet.

Share This Post


Salam Ramadhan

22 08 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini umat Islam sudah mula menjalankan ibadah puasa. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua pengunjung blog ini dan sesiapa sahaja yang berugama Islam. Semoga ibadah puasa kita akan diberkati Allah S.W.T. dan dapat ‘menginsafkan’ kita serta dapat membawa kita ke satu tahap yang lebih baik.

Dapatkan “Panduan Sembahyang Sunat Tarawih” yang diterbitkan oleh JAKIM secara percuma melalui blog ini. Anda boleh download di sini

Anda merokok? Orang kata bulan puasa ni bagus untuk mula berhenti merokok. Jika anda berazam untuk tinggalkan tabiat merokok anda, saya rasa panduan Jom Berhenti Merokok dapat membantu anda.

Share This Post