
Komisyen Affiliate PWA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Catatan hari ini ringkas sahaja.
Saya baru saja selesai membuat pembayaran komisyen affiliate PanduanWebAdvance.com bagi tempoh berakhir 5 Julai 2009. Hanya seorang saja agen yang berjaya membuat jualan dan saya ucapkan tahniah. Diharapkan agen akan meningkatkan lagi usaha bagi mendapatkan komisyen yang lebih banyak.
PanduanWeb Advance Edition adalah produk jualan saya yang terlaris dan sentiasa mendapat permintaan dan saya yakin ianya akan terus mendapat permintaan sampai bila-bila walaupun banyak juga saingan.
Jika anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh mempromosikan produk saya ini dan nikmati komisyen jualan pada setiap bulan.
Bagi yang berminat untuk menjadi agen affiliate produk ini, anda boleh daftar dengan percuma di sini.
SharePelancaran Program Affiliate PanduanWebAdvance.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ada yang bertanya, apa itu program affiliate ? Ianya adalah satu program di mana anda bertindak menjadi agen pemasaran sesuatu produk samada produk fizikal mahupun produk digital melalui link affiliate anda, dan anda akan dibayar komisyen tertentu apabila berlaku jualan melalui link affiliate anda tadi.
Program affiliate juga merupakan 'jalan pintas' untuk anda yang tidak mempunyai produk sendiri untuk meraih keuntungan dengan mempromosikan produk orang lain. Anda hanya perlu mempromosikan produk affiliate dengan bantuan beberapa tools yang disediakan, dan nikmati komisyen hasil jualan terus ke akaun bank anda pada setiap bulan
.
Saya baru saja selesai memasang skrip affiliate di salah satu laman web jualan produk edaran saya iaitu Pakej Ebook PanduanWeb Advance Edition . Produk ini adalah salah satu produk terbaik edaran saya dan telah mencatatkan banyak jualan kepada saya.
Anda boleh lihat laman web jualan produk tersebut di bawah :
http://www.panduanwebadvance.com
Saya dengan ini melancarkan program affiliate untuk produk tersebut dan secara rasmi menjemput anda untuk menjadi agen affiliate dan saya akan membayar komisyen RM20 (50%) kepada anda untuk setiap jualan yang berlaku dari link affiliate anda. Lumayan juga kan?
Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate dengan percuma melalui link di bawah :
http://www.panduanwebadvance.com/member
Saya telah sediakan banner yang amat 'memukau' yang telah disertakan dengan link affiliate anda untuk membantu anda membuat jualan. Anda boleh gunakan banner tersebut untuk diletakkan di blog anda, di bahagian signature forum, email, laman sosial seperti Facebook atau di mana sahaja yang anda fikirkan perlu.
Ini adalah peluang anda untuk buat duit dan praktikkan skil affiliate anda.
ps. Jika anda berjaya melakukan 10 jualan sebulan, senang-senang je anda dapat duit poket RM200
Peluang belajar internet marketing dengan percuma
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Marketing" ataupun pemasaran adalah salah satu cabang ilmu paling penting dalam perniagaan internet yang anda perlu kuasai jika mahu berjaya dalam bidang ini. Bagaimana anda nak jual produk anda kepada pelanggan yang berpotensi jika anda tidak tahu cara untuk memasarkannya. Teknik marketing secara online adalah agak berbeza dengan teknik marketing di dunia nyata. Teknik internet marketing melibatkan email, PPC, Adwords, Forum dan banyak lagi.
Saya baru saja menyertai kursus internet marketing secara online dengan percuma yang dikendalikan oleh internet marketer terkenal iaitu Jeremy Schoemaker. Kursus yang dinamakan "Shoemoney Xtreme Internet Marketing Guides" ini akan berjalan selama 12 minggu.
Saya rasa, ada baiknya saya kongsikan peluang ini dengan anda agar anda juga boleh menyertainya dengan percuma. Dapat juga tambahkan pengetahuan dalam internet marketing. Sama-sama kita boleh belajar.
Kursus ini baru saja berlangsung dan jika anda rasa ini peluang baik untuk anda belajar, saya sarankan anda menyertai kursus ini dengan hanya meletakkan nama dan alamat email anda.
Sila lawat link di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran :
ShareSudah ‘dijual’
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ooopss. Bukan saya yang 'sudah dijual' yer! Tapi profile Twitter saya yang baru dibeli selama sebulan oleh pengiklan melalui Twittad.
Jika anda masih ingat review saya berkenaan Twittad, kelmarin profile Twitter saya sudah dibeli oleh syarikat Tellycars Televisyen Action Vehicles & Props yang berpengkalan di UK. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan supply pelbagai kenderaan dan peralatan untuk produksi filem, TV, iklan dan sebagainya.
Profile Twitter saya telah dibeli oleh syarikat ini untuk meletakkan iklan mereka di background profile Twitter saya selama sebulan. Jadi, sesiapa yang melihat profile Twitter saya akan nampaklah iklan tu. Bagus juga strategi pengiklanan mereka yer. Saya pula dapat apa? Saya dapat duit ler...
Jika anda mahu mengeksploitasi akaun Twitter anda, join Twittad sekarang
p/s - jika anda mahukan grafik menarik untuk profile Twitter anda, dapatkan Twitter Mania
Share





