
Percuma : Panduan Autoresponder
Salam sejahtera.
Dalam perniagaan internet, anda pasti sudah biasa mendengar bahawa sistem autoresponder merupakan satu 'senjata' utama bagi kebanyakkan IM untuk menjana pendapatan lumayan di internet.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sistem autoresponder dapat membantu IM untuk menjana pendapatan lumayan hanya dengan menghantar satu email sahaja. Blassttt!!!
Teknik killer ini dinamakan 'pemasaran email'.
Tetapi, apakah sebenarnya sistem autoresponder?
Saya pasti, ramai pembaca blog ini (mungkin termasuk anda) yang masih kurang jelas apakah itu sebenarnya sistem autoresponder, bagaimana untuk mendapatkan sistem autoresponder dan sistem autoresponder yang mana satukah yang terbaik untuk dimiliki.
Bukan begitu?
Saya tidak akan mengulas panjang berkenaan sistem autoresponder ini sekarang kerana rakan saya saudara Rahman Basri baru sahaja mengeluarkan satu panduan khusus berkaitan sistem autoresponder ini. Anda boleh download ebook Panduan Autoresponder ini dengan percuma dan baca
.

Apa yang menarik, panduan ini ditulis oleh beliau berdasarkan pengalaman beliau sendiri sepanjang melanggan sistem autoresponder seperti Aweber, Getresponse dan Norabots. Disamping itu juga ada beberapa tips yang saya fikir amat bermanfaat untuk kita semua.
Antara yang bakal dikupas adalah :
- pengenalan kepada sistem autoresponder
- perbezaan Aweber, getresponse dan Norabots
- bagaimana melanggan autoresponder
- bagaimana mengekalkan subscriber asal jika beralih autoresponder
- dan banyak lagi...
OK. Anda boleh download ebook ini dengan percuma sahaja melalui link di bawah :
http://rakanblogger.com/panduanemel
Download sekarang sementara ianya masih percuma.
p/s : Saya telah bertukar kepada sistem autoresponder berbayar Norabots. Kenapa? Anda akan tahu jawapannya dalam ebook di atas
Siapa Kata “Newbie” Tidak Hebat?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di dalam perniagaan internet, perkataan "newbie" seringkali disebutkan. Apa sebenarnya makna "newbie" ini? Pada pemahaman saya, "newbie" adalah seorang yang baru menceburi sesuatu bidang, contohnya bidang perniagaan internet, dan masih di dalam proses pembelajaran di dalam sesuatu bidang.
Bagi saya samada anda "newbie" atau tidak itu tidak penting, yang penting adalah semangat dan kesungguhan anda di dalam sesuatu bidang yang anda ceburi, mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya, bermotivasi, rajin dan memiliki segala aspek yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dan mencapai matlamatnya.
Tidak semestinya seorang "otai" (orang lama dan berpengalaman) begitu hebat apabila berjaya menghasilkan jualan sehingga ribuan RM sebulan. Anda juga hebat! Setiap orang, pasti ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri.
"Kita semua adalah sama, cuma pencapaian sahaja yang mungkin berbeza...."
Mungkin anda semua, pelawat blog ini yang saya kasihi
, boleh menilai samada seseorang "newbie" itu hebat atau tidak hebat apabila mendapatkan produk mereka dan menilai sendiri sejauh mana kehebatan mereka.
Nah...! Kini anda berpeluang untuk menilai dan merasai kehangatan produk dari 16 orang "newbie" secara PERCUMA. Download produk mereka, baca dan nilai sendiri produk keluaran mereka di laman web "Rahsia Gempak Newbie"

Layari GempakNewbie.com untuk mendapatkan kesemua produk tersebut dengan PERCUMA.
ShareSalam Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini umat Islam sudah mula menjalankan ibadah puasa. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua pengunjung blog ini dan sesiapa sahaja yang berugama Islam. Semoga ibadah puasa kita akan diberkati Allah S.W.T. dan dapat 'menginsafkan' kita serta dapat membawa kita ke satu tahap yang lebih baik.
Dapatkan "Panduan Sembahyang Sunat Tarawih" yang diterbitkan oleh JAKIM secara percuma melalui blog ini. Anda boleh download di sini
Anda merokok? Orang kata bulan puasa ni bagus untuk mula berhenti merokok. Jika anda berazam untuk tinggalkan tabiat merokok anda, saya rasa panduan Jom Berhenti Merokok dapat membantu anda.
Share






