Blog RakanBlogger Dot Com




23Nov/090

Rebat tunai RM40 & Pakej PWA percuma!

Saya pasti dunia IM Malaysia di landa 'demam affiliate' dengan pelancaran produk terbaru dari otai Zamri Nanyan iaitu Pakar Affiliate.

Apa yang menarik dengan Pakar Affiliate? Ianya adalah pengalaman sebenar Zamri Nanyan di mana beliau akan berkongsi dengan anda rahsia bagaimana beliau menjana pendapatan lumayan setiap bulan melalui program affiliate tempatan mahupun luar negara tanpa sebarang kos permulaan.

Lihat pendapatan 'celah gigi' beliau melalui program affiliate :

Ok. Bagi anda yang berfikir banyak kali untuk mendapatkan Pakar Affiliate, anda harus berfikir sekali lagi kerana saya ada tawaran menarik kepada anda yang mendapatkan Pakar affiliate melalui link saya.

Apa yang saya tawarkan kepada anda? Anda akan mendapat kedua-dua bonus di bawah :

BONUS #1

Rebat wang tunai RM40.

BONUS #2

Pakej PanduanWeb Advance Edition (bernilai RM40)

Bagaimana nak dapatkan kedua-dua bonus di atas? Anda boleh baca melalui link di bawah :

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/23323-bonus-pakar-affiliate-rebat-tunai-rm40-and-pakej-panduanweb-advance-edition.html

PS. Dengan pembelian Pakar Affiliate, anda juga diberikan tiket percuma untuk menghadiri seminar Zamri Nanyan dan jutawan internet Patric Chan pada Disember nanti. Jangan ketinggalan, cepat dapatkan sekarang!

Share
14Nov/090

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan usaha promosi anda lebih mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.

--------------
Mengenai penulis asal artikel ini
--------------

Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program "Pakar Affiliate" beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan.

Dapatkan "Pakar Affiliate" di http://www.PakarAffiliate.com sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

Share
21Oct/091

GDI sebagai pilihan ‘domain & hosting’ anda

Apabila disebut perniagaan internet, elemen penting yang berkait rapat adalah 'domain dan hosting'. Apa itu domain dan hosting?

Secara mudahnya, domain atau dalam bahasa inggerisnya "Domain Name" adalah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses (melawat) sesebuah laman web seperti yahoo.com, google.com, rakanblogger.com dan sebagainya. Domain juga boleh diibaratkan seperti alamat sebuah rumah di mana alamat tersebut hanya khas untuk rumah tersebut sahaja.

Hosting pula ialah ruang yang 'disewa' di sesebuah server untuk menempatkan fail laman web agar ianya boleh diakses (dilayari) oleh pelawat yang mengunjungi sesebuah laman web melalui nama domain tadi. Jadi, jika anda ingin memiliki sebuah laman web sendiri untuk tujuan perniagaan internet anda, memang anda tidak dapat lari dari memiliki domain dan hosting.

Ok, bagaimana dan dimana nak dapatkan domain dan hosting?

Terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan domain dan hosting ini samada di Malaysia mahupun luar negara. Di Malaysia, antara yang popular adalah NetKL.com, Namsahaz.com dan PlanHoster.com manakala di luar negara pula adalah GoDaddy.com dan HostGator.com yang masing-masing menawarkan pakej yang berbeza dengan tawaran harga yang menarik.

Global Domain International (GDI)

Antara banyak-banyak syarikat penyedia perkhidmatan nama domain dan hosting ini, saya tertarik untuk memperkenalkan kepada anda sebuah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi dalam perkhidmatan domain dan hosting ini iaitu 'Global Domain International' (GDI).

GDI sedikit berbeza dalam perkhidmatan ini kerana selain anda dapat memiliki domain dan hosting dalam satu pakej, ianya juga menawarkan peluang buat duit melalui program affiliate yang berkonsepkan MLM internet untuk anda sebagai pelanggannya.

Dengan harga serendah USD10 sebulan, anda berpeluang untuk meraih pendapatan sampingan sehingga ribuan USD sebulan seperti yang dinikmati oleh usahawan internet tempatan yang begitu berjaya iaitu saudara Zamri Nanyan melalui "Sistem Pemasaran AutoViral" yang dicipta oleh beliau yang terbukti dapat membantu anda menjana pendapatan lumayan melalui GDI.

Sebenarnya, beberapa hari lalu saya telahpun mendapatkan perkhidmatan domain dan hosting daripada GDI dan seterusnya menyertai saudara Zamri Nanyan untuk mempromosikan GDI sebagai satu pilihan terbaik untuk keperluan domain dan hosting anda dan seterusnya menjana pendapatan lumayan melalui internet menggunakan teknik "sistem Pemasaran AutoViral".

Untuk mengetahui teknik penjanaan wang melalui GDI yang disarankan oleh Zamri Nanyan, anda boleh download video percuma yang disediakan oleh beliau melalui laman web di bawah :

www.PemasaranInternet.ws

Share
7Oct/090

Percuma : Mari buat duit dengan ebook

Saya baru sahaja habis membaca sebuah ebook yang amat bernilai iaitu "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan internet tanahair iaitu saudara Jamaludin Bahari atau lebih dikenali dengan nama "JaMaL" di internet.

Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam menerbitkan dan menghasilkan banyak ebook sudi berkongsi pengalaman dan kejayaannya di dalam sebuah ebook percuma tulisan dan terbitan beliau sendiri.

Apa yang anda perlu tahu mengenai penulis ebook ini :

  • Beliau telah berjaya menghasilkan 5 ebook berbayar dalam tempoh masa tidak sampai setahun.
  • Beliau berjaya menghasilkan jualan ebooknya lebih 5000 unit dalam tahun ini.
  • Lebih RM200K telah berjaya dihasilkannya daripada jualan ebook.

Usah tunggu lagi. Semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini. Terus saja ke link download di bawah :

www.buatebook.com

Share
28Sep/098

Kad Debit Visa Maybank untuk transaksi online

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita gembira untuk mereka yang tidak mempunya kad kredit untuk transaksi online. Kini, Kad Debit Visa Maybank telah boleh digunakan untuk transaksi online seperti membuat pembayaran secara online, verify akaun PayPal dan sebagainya.

Di sini saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh mengaktifkan Kad Debit Visa Maybank untuk transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.

1. Masuk ke akaun Maybank2u anda. Klik www.Maybank2u.com.my

2. Klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Registration"

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik "submit".

Anda perlu memilih "password" anda sendiri.

4. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Dengan beberapa langkah mudah di atas, anda telah boleh menggunakan Kad debit Visa Maybank anda untuk transaksi di internet.

Share