Cash88.com is a scam?
25 10 2008Salam sejahtera semua. Seminggu dua ni saya agak sibuk, tersangatlah sibuknya. Tapi takpelah, saya akan cuba untuk meluangkan masa berkualiti dengan anda semua.
Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda semua pada post kali ini. Pada minggu lepas, saya telah mendapat email spam dari orang yang saya tidak kenali yang mengajak saya untuk menyertai satu program untuk tambah pendapatan melalui Cash88.com
Saya pasti, anda semua pasti pernah mendengar atau mendapat email jemputan untuk menyertai program Cash88.com dari kawan-kawan anda di mana kononnya kita akan dibayar untuk klik pada iklan di laman web tersebut. Tiba-tiba, saya teringat kembali…rupa-rupanya saya telah menyertai program ini lama dahulu atas ajakan seorang kawan. Memang saya telah menyertai program ini, tetapi telah lama saya tinggalkan dan tidak ambil tahu mengenainya sebab saya beranggapan, program melalui Cash88.com belum terbukti keberkesanannya dalam menambahkan pendapatan. Disamping itu juga, saya masih belum mendengar cerita atau dibuktikan ada ahli yang pernah mendapat bayaran dari Cash88.com. Benarkah Cash88.com benar-benar membayar ahlinya?
Apa yang menjadi tanda tanya ialah, saya telah mendapat beribu ‘point’ hasil dari saya meng ‘klik’ pada iklan tetapi, ‘cash’ yang saya perolehi masih zero RM 0.0000. Sampai berapa point baru dapat ‘cash’? Point dah beribu tetapi not even a single cent di dalam ‘cash’ account? Pelik tetapi benar!
Lantas, saya berpendapat dan beranggapan bahawa, program Cash88.com adalah satu penipuan internet ataupun apa yang disebut sebagai ‘Scam’. Saya tak tahulah jika anda beranggapan sebaliknya. Saya telah cuba untuk menghubungi pihak admin Cash88.com melalui email untuk minta penjelasan tetapi setelah beberapa email dihantar, satu pun tidak dibalas. Ini menguatkan lagi telahan saya mengenai program ini.
Ada tak sesiapa yang pernah mendapat bayaran daripada program Cash88.com ini? Jika ada sesiapa yang betul-betul pernah mendapat bayaran, harap dapat kongsikan pengalaman anda di sini. Please, I beg you.
Jika anda pun beranggapan program Cash88.com adalah satu penipuan, harap dapat war-war kan perkara ini kepada kawan-kawan anda, agar mereka juga tidak tertipu atas program sebegini yang menjanjikan duit mudah melalui internet dan mengeksploitasi penguna-pengguna internet yang mungkin tidak berapa arif tentang kaedah-kaedah dan cara terbaik untuk menambahkan pendapatan melalui internet.
Bagi saya, Cash88.com is a scam!
Kategori : Berita











Komen Semasa