Soalan Bonus : Kenapa saya pilih perniagaan internet?
26 12 2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
“Merry Christmas” saya ucapkan kepada mereka yang menyambut Hari Natal walaupun saya tidak merayakannya.
Kegawatan ekonomi yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini begitu menggusarkan banyak pihak. Baru-baru ini, 1500 pekerja Western Digital Sarawak hilang mata pencarian akibat syarikat yang berpengkalan di US itu bertindak menutup operasinya di Sarawak.
Saya terfikir, jika saya di tempat mereka, apakah persediaan yang dapat saya lakukan untuk kesinambungan hidup saya ? Well, mungkin saya perlu cari kerja lain. Mungkin juga boleh memulakan perniagaan, tapi perniagaan apa ? Berapa kosnya ? Apakah risikonya ? Berapakah keuntungannya ?
Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapan yang boleh saya berikan adalah, perniagaan internet. Ya, itulah jawapan yang akan saya berikan jika ditemuramah
.
Kenapa saya memilih perniagaan internet?
Sebab 1: Kos Yang Rendah
Kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan internet ini adalah amat rendah dan paling minima, iaitu sekitar RM500 dan ke bawah jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang memerlukan anda menyewa premis, kos api air, pekerja dan beberapa kos overhead yang lain. Apa yang anda perlukan adalah sebuah pc (laptop / desktop) dan talian internet.
Sebab 2 : Risiko Yang Rendah
Risiko menjalankan perniagaan internet ini adalah lebih rendah berbanding perniagaan konvensional. Bagi saya, risiko yang ada hanyalah jika talian internet bermasalah, sebab jika talian internet bermasalah, anda tidak dapat menguruskan perniagaan internet anda.
Sebab 3 : Menjimatkan Masa
Urusniaga melalui perniagaan internet ini menjimatkan masa anda. Anda tidak perlu tergopoh-gapah hendak ke pejabat mengejar ‘punchcard’ dan tidak perlu singgah di Shell untuk mengisi minyak kereta atau motorsikal anda. Masa kerja anda hanyalah di depan komputer. Disamping itu juga, perniagaan internet boleh diautomasikan dengan bantuan beberapa ‘tool’ samada yang percuma atau berbayar.
Sebab 4 : Selesa
Bagi saya, keselesaan amat penting, sebab saya seorang yang mementingkan keselesaan. Anda boleh menguruskan perniagaan internet anda di mana-mana sahaja. Dari atas sofa rumah anda yang empuk hingga ke bilik tidur anda yang dilengkapi dengan sistem hawa dingin yang nyaman! Anda juga tidak perlu berjumpa pelanggan. Apa baju yang saya pakai ? Saya buat kerja dari mana ? Anda tahu tak ? Tak tahu kan ? Itulah maksud saya selesa. Kita berurusan dengan pelanggan hanya secara online dan penampilan bukanlah faktor yang penting untuk menarik pelanggan.
Sebab 5 : Lumayan
Perniagaan internet, jika betul caranya, boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Ya, perniagaan internet ini terbukti boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Jika tidak, masakan Dr. Irfan Khairi boleh menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet. Contoh lain adalah seperti seorang usahawan internet dari barat bernama Michael Rasmussen. Beliau memperoleh pendapatan sebanyak USD 381,195.06 di ClickBank dalam masa hanya 90 hari produknya dipasarkan di internet. Lumayan bukan ?
Inilah faktor-faktor yang menyebabkan saya memilih untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet. Jadi, Saya harap anda tidak teragak-agak untuk memulakan perniagaan internet anda sekarang ! Ya, usah bertangguh kerana masa anda yang berharga akan pergi begitu sahaja.
Sebelum itu, pastikan anda mengetahui dahulu selok belok perniagaan internet sebelum anda terjun ke dalam arena ini. Jika anda sudah mempunyai perniagaan internet sendiri, tentunya anda sudah dapat merasai apa yang saya rasakan bukan?
Bagi yang baru bermula atau baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, saya amat pasti anda akan menghadapi sedikit kesukaran dalam memulakan perniagaan internet anda jika anda tiada asas. Tidak semestinya anda perlu pakar dalam IT, tapi cukup sekadar anda tahu penggunaan asas komputer dan internet. Yang selebihnya, anda perlu belajar dan menimba ilmu.
Ebook “Panduan Mudah FTP”
Ebook “Panduan Mudah FTP” adalah sebuah ebook yang WAJIB untuk newbie yang ingin memulakan perniagaan internet. Kenapa saya katakan WAJIB ? Jika anda masih tidak tahu apa itu Nama Domain, Server, Web Hosting, Kod HTML, FTP dan banyak lagi istilah teknikal yang mungkin ‘menggerunkan’ anda, ebook ini adalah laluan pantas untuk menjawab segala persoalan tersebut.
Dengan memiliki ebook ini, anda secara automatik telah diberikan Lesen MRR (Master Resell Right) yang membolehkan anda menjual kembali ebook ini dan simpan 100 % keuntungan. Hebat bukan? Jadikan ebook ini produk pertama anda sebelum anda menapak dengan lebih kukuh lagi di arena perniagaan internet.
“Hundred miles journey starts with the first step”
Klik di sini untuk memulakan langkah pertama anda
Kategori : Perniagaan Internet


Blog! Blog! Blog!








Komen Semasa