Pakej Lengkap Web Jualan - Klik sini ! ?

Cari duit dengan Twittad

15 11 2008

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Anda masih ingat lagi post saya yang lepas berkenaan Twitter? Jika anda telah mempunyai akaun Twitter, sekarang adalah masanya untuk anda ‘mengeksploitasi’ akaun Twitter anda dan cari duit dengannya. Betul ke boleh cari duit dengan Twitter nih?

Jika anda telah mempunyai Twitter profile, satu aplikasi penting yang tidak harus anda lupakan adalah “Twittad”. Twittad adalah ‘adik’ kepada Twitter dan kedua-dua aplikasi ini adalah berkaitan. Kira macam adik-beradik juga laaa ;)

Melalui Twittad, anda boleh menjual ‘background’ profile Twitter anda kepada advertiser yang berminat untuk mereka meletakkan iklan mereka di ‘background’ akaun Twitter anda mengikut jangkamasa dan harga (dalam USD) yang ditentukan oleh anda sendiri.

Untuk menjual profile Twitter anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah :

  1. Post profile Twitter anda ke senarai jualan
  2. Pilih jangkamasa dan harga yang anda mahu
  3. Tunggu jika anda advertiser yang mahu membeli profile Twitter anda
  4. Jika profile anda telah dibeli, advertiser akan ‘proposed’ iklan yang akan diletakkan di profile Twitter anda. Anda punyai pilihan untuk terima atau menolak ‘proposal’ tersebut
  5. Jika anda terima, upload design iklan tersebut ke ruangan design akaun Twitter anda
  6. Beritahu Twittad setelah anda melakukan perkara (5) di atas

Setelah tamat tempoh iklan yang telah ditetapkan oleh anda, advertiser akan melakukan pembayaran kepada anda melalui akaun Twittad anda, dan apabila akaun Twittad anda mencapai $20, anda boleh mengeluarkan wang tersebut ke akaun PayPal anda.

Saya juga telah mula menjual profile Twitter saya di Twittad dan sekarang hanya menunggu jika ada advertiser yang berminat untuk membeli profile Twitter saya. Harap-harap la ada advertiser yang beli yer ;)

Jika anda nak cari duit lebih dengan Twitter, sekarang adalah masanya untuk anda join Twittad dan mula menjual profile Twitter anda. Klik banner di bawah untuk join Twittad sekarang…

Share This Post


Percuma : Twitter Automation Report

10 10 2008

Apa khabar semua?

Laman web social networking seperti MySpace, Friendster, Hi5 dan lain-lain memang mendapat sambutan dari pengguna internet seluruh dunia sebagai salah satu cara untuk mencari kenalan dan bersosial.

Lagi satu social networking tool yang begitu popular ialah Twitter tetapi saya yakin masih belum begitu popular di kalangan rakyat Malaysia, tapi amat popular di kalangan pengguna internet luar negara.

Saya tidak perlu menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Twitter dan fungsinya kerana anda boleh baca mengenainya di Twitter.com

Report Percuma

Report ini ringkas sahaja dan hanya 4 mukasurat yang padat dengan informasi berguna bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan Twitter sebagai tools untuk bersosial dan marketing.

Dalam report ini dijelaskan secara ringkas tentang tools untuk aplikasi Twitter seperti berikut :

1) Bagaimana anda boleh ucap terima kasih direct ke email orang yang follow kita secara automatik.

2) Secara automatik juga, kita boleh follow balik orang yang follow kita, tak perlu buat secara manual.

3) Boleh broadcast kepada semua follower kita, cuma perlu set tarikh sahaja.

Dan yang paling menarik, semua tools ini adalah percuma sahaja dan untuk tahu URL tool ini, anda cuma perlu download report ini. Tiada udang sebalik batu tau ! :)

Klik di sini untuk download

Jika anda mahu dapatkan update dari saya in real time, sila follow saya di Twitter dan saya akan follow anda secara automatik :)

Klik di sini utuk follow saya : http://www.twitter.com/rakanblogger

ps - Tawaran duit raya masih terbuka, rugi jika anda tak dapatkannya. Klik sini

Share This Post


Wordpress Plugin : TweetMyBlog

24 09 2008



Banyak pula blogger yang follow saya di Twitter. Anda masih ingat lagi tentang post saya berkaitan Twitter? Sesiapa yang menggunakan Tweeter pasti mendapati ianya amat berguna. Tak percaya, “try-test-tengok”.

Jika anda selalu menggunakan Twitter, plugin TweetMyBlog adalah sangat sesuai untuk anda.

Kegunaan plugin TweetMyBlog ialah :

1. Akan pos tweet anda setiap kali anda mengupdate blog bersama link back ke post tersebut. Ini salah satu cara menarik trafik ke blog anda.

2. Post twitter terkini anda akan dipaparkan di sidebar blog anda.

3. Anda boleh gunakan plugin ini untuk mempromosikan product, link affiliate dan sebagainya.

Untuk dapatkan plugin ini secara percuma :

1. Klik pada butang ‘instant free access‘ di website tersebut

2. Isi borang pendaftaran dan hantar. Anda boleh skip offer-offer yang ditawarkan dengan klik link di bawah setiap page.

3. Anda akan menerima email dan ikut sahaja langkah yang diberikan.

4. Login ke laman ahli dan download plugin tersebut. Video cara penggunaan plugin juga disertakan.

Klik di sini untuk mendownload plugin TweetMyBlog dengan percuma. Pastikan anda telah mempunyai akaun di Twitter sebelum menggunakan plugin ini.

Anda boleh daftar Twitter di sini : http://www.twitter.com

Jangan lupa untuk follow saya di Twitter setelah anda mendaftar dengan menekan butang ‘follow’ di tweet saya di http://twitter.com/rakanblogger

Share This Post


“Stay In Touch” Cara “Twitter”

3 09 2008

Saya baru saja menyertai Twitter. Twitter adalah satu jenis aplikasi yang membolehkan anda kekal berhubungan dengan contact anda. Twitter akan mengubah cara anda untuk ’stay in touch’ dengan kawan-kawan, keluarga mahupun sesiapa sahaja. Apa saja yang anda tuliskan atau update mengenai diri anda, atau apa yang sedang anda lakukan, secara automatik contact atau followers anda akan tahu mengenainya. Twitter ni lebih kurang macam RSS juga le, tapi dalam bentuk yang lebih menarik.

The New York Times mengatakan bahawa Twitter adalah “one of the fastest-growing phenomena on the internet”. Majalah TIME pula mengatakan “Twitter is on its way to becoming the next killer app”. Semoga rakyat Malaysia dapat menggunakan perkhidmatan Twitter untuk kekal berhubungan dan bernetworking.

Jom follow saya dalam Twitter !

Share This Post